Jawapan
Bagi tempoh 1996 sehingga 2005 iaitu bagi 10 tahun yang lepas, jumlah pelaburan yang telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi Pulau Pinang adalah berjumlah RM31,554 juta. Jumlah pelaburan asing adalah sebanyak RM24,073 juta atau 76%, pelaburan domestik berjumlah RM7,480 juta atau 24% bagi tempoh 10 tahun ini.
Jumlah pelaburan di Pulau Pinang bagi tahun 2005 sebanyak RM4,808 juta merupakan tahap yang paling tinggi dalam jangkamasa 1990 sehingga 2005. Pelaburan asing adalah sebanyak RM4,091 juta atau 85%, pelaburan domestik berjumlah RM717 juta atau 15% daripada jumlah keseluruhan pelaburan.
Butir-butir pelaburan asing dan domestik yang telah diluluskan bagi Pulau Pinang dari 1996 ¡V 2005 adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 1 yang dilampirkan.
Di peringkat Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai pelan jangkapanjang untuk tempoh 10 tahun, iaitu Pelan Pembangunan Strategik Pulau Pinang (PSDP). Strategi-strategi jangkapanjang Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian dan menggalakkan pelaburan ke Negeri Pulau Pinang, seperti yang termaktub dalam PSDP Ke-2 (2001-2010) adalah seperti berikut:
1. Memudahkan penubuhan rangkaian kerja inovasi di antara pihak industri, pelanggan dan institusi-institusi penyelidikan melalui penyediaan prasarana berkualiti tinggi, peningkatan kemahiran oleh institusi latihan dan penyediaan kemudahan bagi penyelidikan dan pembangunan oleh pihak universiti.
2. Berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan insentif-insentif pelaburan baru bagi menarik syarikat-syarikat rekabentuk teknologi yang kecil dan sederhana datang ke Pulau Pinang serta mempromosikan pelaburan dalam perkhidmatan-perkhidmtan yang berkaitan dengan pembuatan.
3. Bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk meningkatkan keupayaan pemasaran dan perkhidmatan kilang-kilang pembuatan menerusi misi perdagangan MATRADE bagi mempromosikan keupayaan mereka membentuk pemasaran.
4. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggalakkan peningkatkan pelaburan modal teroka (venture capital) di Pulau Pinang dengan menyediakan suatu rangka kerja bagi mengklasifikasikan operasi modal teroka, menambahkan aliran maklumat mengenai modal teroka dan menggalakkan lebih ramai pemodal teroka asing dan tempatan melabur di Pulau Pinang.
5. Memperkukuhkan urustadbir guna tenaga dan buruh dengan memperkembangkan penyelarasan perancangan industri sehingga membabitkan semua pemegang kepentingan yang relevan.
Pelan jangkapendek Negeri merupakan pelan yang berteraskan tindakan (action-oriented plan) oleh investPenang untuk menggalakkan pelaburan dan perindustrian di Negeri Pulau Pinang yang berfokus terhadap sektor pembuatan sebagai teraju usaha perkembangan ekonomi Negeri. Sektor-sektor lain yang dikenalpasti juga untuk menjana pelaburan, pekerjaan dan eksport adalah seperti berikut:
1. Elektronik, seperti frekuensi radio (RF), automasi & komponen bernilai tinggi, perkhidmatan pembuatan electronik (EMS), komputer peribadi dan (server)
2. ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), seperti pembangunan aplikasi perisian komputer dan ¡¥shared services & outsourcing¡¦ (SSO) yang akan menukuhkan daya saing Penang MSC Cybercity
3. Bioteknologi, seperti farmaseutikal & nutraceutical, biotek marin
4. Peralatan perubatan, seperti implan, alat berkomponen elektronik, ¡¥disposables¡¦
diberi tumpuan.
5. pembangunan IKS dalam industri sokongan kepada sektor utama
LAMPIRAN
Jadual 1: Pelaburan yang diluluskan oleh MIDA bagi Pulau Pinang 1996-2005
Tahun Pelaburan (RM Juta)
Domestik % Domestik Asing % Asing Jumlah
1996 1,093.42 34.3 2,091.98 65.7 3,185.40
1997 1,030.77 71.1 418.29 28.9 1,449.06
1998 1,410.62 52.5 1,274.66 47.5 2,685.29
1999 180.81 3.9 4,597.00 96.2 4,777.80
2000 895.12 20.1 3,564.48 79.9 4,459.60
2001 259.53 6.8 3,577.72 93.2 3,837.25
2002 411.36 17.2 1,986.96 82.8 2,398.32
2003 467.17 24.3 1,455.82 75.7 1,922.99
2004 1,014.41 50.0 1,015.74 50.0 2,030.15
2005 717.35 14.92 4,090.83 85.08 4,808.18
Total 7,480.56 23.71 24,073.48 76.29 31,554.04