Jawapan
Bukit Juru merupakan salah satu daripada Hutan Simpan Kekal yang telahpun diwartakan pada 4.6.1981 yang dinamakan Hutan Simpan Bukit Juru. Keluasan hutan simpan ini ialah seluas 150 hektar. Lebih kurang 5 hektar adalah sesuai dijadikan kawasan hutan rekreasi yang mana aktiviti yang sesuai dilakukan di kawasan ini iaitu jungle trekking atau jogging. Jabatan Hutan telahpun merancang untuk membangunkan kawasan ini dengan membina prasarana asas seperti tandas, bangku rehat, pondok rehat dan juga ‘interpretative trail’ yang akan memberikan pendidikan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar kepada pengunjung. Kajian awal jabatan juga mendapati bahawa tempat ini adalah sesuai untuk aktiviti lasak seperti ‘rock climbing’. Jabatan Hutan bercadang membangunkan kawasan ini dengan menggunakan bajet pembangunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.Satu kajian kemungkinan dan juga pelan konsep akan disediakan sebelum pembangunan sebenar dibuat. Tujuan pembangunan kawasan ini adalah untuk menambahkan satu lagi ‘green area’ bagi tujuan rekreasi khususnya kepada penduduk tempatan dan juga luar negeri dan negara.
Memandangkan Bukit Juru berpontensi sebagai tempat rekreasi dan pelancongan, usaha sedang dibuat oleh MPSP dengan melibatkan orang ramai melalui penubuhan ‘Pasukan Kerja Local Action 21 Kebudayaan dan Pelancongan Juru’ yang dipengerusikan oleh Y.B. Puan Ng Siew Lai. Pasukan ini akan menyelaras dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penyertaan orang ramai dalam menjaga kebersihan dan landskap termasuk mempromosi peminat mendaki Bukit Juru. Pelan konsep pembangunan Bukit Juru akan berdasarkan kepada kajian Rancangan Struktur Negeri di mana kawasan ini telah dikenalpasti sebagai produk pelancongan tempatan (domestik). Ianya berasaskan Eko-Lancong iaitu aktiviti pelancongan yang berasaskan alam sekitar dan pertanian.