MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menaikkan taraf klinik Sungai Dua kepada taraf poliklinik. Apakah kemudahan dan bilangan kakitangan di klinik Sungai Dua. Sila senaraikan projek-projek naiktaraf atau ubahsuai yang telah dijalankan di klinik Sungai Dua sejak 1999 sehingga kini dan berapa kos perbelanjaannya.
Dun -
Exco SP
Perkara Kesihatan

Jawapan
Secara ringkasnya, tiada perbezaan istilah Poliklinik atau Klinik Kesihatan dari segi skop perkhidmatan yang diberikan. YB Menteri Kesihatan telah mengarahkan istilah Klinik Kesihatan dikekalkan.

Klinik Kesihatan Sungai Dua memberi perkhidmatan yang komprehensif kepada penduduk di sekitarnya. Perkhidmatan yang diberi termasuklah Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Kecemasan, Rawatan Pergigian, Lawatan dan Rawatan di Rumah, Perkhidmatan Farmasi, Radiologi dan Perkhidmatan Makmal.

Di bawah program “expanded scope” klinik ini juga mengadakan program perkhidmatan wargamas dan pemulihan kanak–kanak keperluan khas.

Perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Sg. Dua ketika ini diberi oleh 33 orang angota yang terdiri dari Pegawai Perubatan - 3 orang, Pembantu Perubatan - 2 orang, Jururawat Kesihatan - 5 orang, Jururawat Masyarakat - 11 orang, Juru X-Ray - 1 orang, Penolong Jururawat - 1 orang, Pembantu Tadbir - 1 orang, Attenden Kesihatan - 3 orang, Juruteknologi Makmal - 2 orang, Pembantu Farmasi - 2 orang dan Pemandu seramai - 2 orang.

Projek-projek naiktaraf atau ubahsuai yang telah dijalankan di Klinik Sungai Dua sejak 1999 sehingga kini dan perbelanjaan yang telah digunakan adalah seperti di Lampiran A.





Kembali