MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan pembinaan rumah kos rendah yang baru di kawasan Bukit Mertajam dalam tempoh tiga tahun akan datang. Jika ada, di mana, berapa jumlah unit akan dibina dan berapa kosnya. Jika tidak, mengapa.
Dun -
Exco SASA
Perkara -

Jawapan
20. Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk membina rumah kos rendah di kawasan Bukit Mertajam dalam tempoh tiga tahun akan datang kerana ketiadaan tanah kerajaan yang sesuai bagi tujuan ini. Walau bagaimanapun, PERDA melalui projek penswastaan oleh Aseania Development Sdn. Bhd. sedang memajukan bandar PERDA seluas 456 ekar. Dalam pemajuan projek ini juga terdapat sebanyak 4,000 unit rumah kos rendah dengan anggaran kos projek keseluruhan sebanyak RM1.5 bilion.
Kembali