MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani masalah dadah (ganja, ekstasi,shabu) di kawasan pedalaman (luar bandar).
Dun -
Exco SP
Perkara Keselamatan Negara

Jawapan
Dalam menangani masalah dadah (ganja, ekstasi, syabu) di kawasan pedalaman (luar bandar), Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.A.B Ketua Menteri. MTMD peringkat daerah juga telah ditubuhkan pada 17 Julai 2005 dan dipengerusikan oleh semua pegawai daerah.

Pengerusi-pengerusi jawatankuasa ini sedang merangka strategi dan program-program yang boleh dilaksanakan pada tahun 2006 ini sebagai tambahan kepada program dan aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, Negeri Pulau Pinang, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Walaubagaimanapun, Y.B Timbalan Ketua Menteri telah memulakan Program kempen-Kempen Membasmi Dadah di daerah Seberang Perai Selatan khususnya di kawasan DUN Sg. Bakap. Di antaranya ialah Malam Keprihatinan Pemimpin pada 22 April 2006 dan Program Kem Remaja untuk Yang Tersayang pada 10-12 Mac 2006 yang berbentuk kempen kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada pemimpin masyarakat, ibu bapa dan anak-anak remaja.







Kembali