MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila huraikan kawasan yang telah dijangkiti wabak selsema burung. Sila nyatakan jumlah burung, ayam, itik yang telah dimusnahkan. Berapa kos kerugian dan pampasan yang dibayar kepada penternak-penternak.
Dun -
Exco AI
Perkara ADUN

Jawapan
Wabak selesema burung telah disahkan berlaku di Kampung Permatang Bogak, Daerah SPU pada 20 Mac 2006. Sebanyak 2,052 unggas terdiri dari ayam kampung, itik, angsa, ayam belanda, puyuh dan berbagai jenis burung serta 1,016 biji telur telah dilupuskan. Anggaran kos kerugian ialah kira-kira RM20,000. Kerajaan telah memberikan pampasan kepada 92 orang tuan punya unggas dan telur yang terpaksa dimusnahkan sepanjang tempoh operasi berjumlah RM22,692.20 dan telah dibayar pada 7 April 2006.
Kembali