Jawapan
Jawapan Statistik kehilangan siku pili-bomba, meter air, besi penutup longkang dan papan-papan tanda adalah seperti berikut :
1. Siku pili bomba
Tiada rekod lengkap mengenai statistik kehilangan siku pili bomba mengikut daerah sejak 5 tahun lepas. Namun bagi tempoh April 2005 hingga Februari 2006, jumlah kehilangan siku pili bomba yang direkodkan adalah seperti berikut :
Bil Daerah Jumlah Pili Bomba Jumlah Keseluruhan
Kehilangan Elbow Pili Bomba
1. Seberang Perai 560 2654
Selatan
2. Seberang Perai 175 3180
Tengah
3. Seberang Perai 76 2237
Utara
4. Timur Laut 20 4301
5. Barat Daya 0 2443
JUMLAH 831 14815
Jumlah kerugian yang dialami bagi tempoh tersebut adalah RM2.5 juta berdasarkan harga kos pembaikan lebih kurang RM3,000 sebuah.
2. Meter Air
Tiada rekod lengkap mengenai statistik kehilangan meter air mengikut daerah bagi 5 tahun lepas. Namun bagi keseluruhan bahagian pulau, terdapat sebanyak 35 kes dilaporkan manakala 95 kes dicatatkan di bahagian seberang bagi tempoh yang sama. Jumlah kerugian yang dialami bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM11,050 berdasarkan harga kos penggantian meter air sebanyak RM85 sebuah.
3. Besi penutup longkang
Tiada rekod lengkap mengenai statistik kehilangan besi penutup longkang mengikut daerah bagi tempoh 5 tahun lepas. Walabagaimanapun, statistik kehilangan besi penutup longkang yang dilaporkan di Daerah Timur Laut adalah seperti berikut :
Tahun Jumlah kehilangan (buah) Anggaran Kerugian (RM)
2001 186 33,480
2002 239 43,020
2003 275 49,500
2004 290 52,200
2005 152 27,360
Jumlah 205,560
4. Papan tanda
Tiada rekod lengkap mengenai statistik kehilangan papan tanda bagi setiap daerah untuk tempoh 5 tahun lepas. Statistik kehilangan papan tanda yang direkodkan oleh MPPP adalah seperti berikut :
Tahun Kuantiti Kos kerugian (RM)
2001 64 8,960
2002 39 5,655
2003 41 5,945
2004 48 7,200
2005 53 7,950
Jumlah 35,710
Tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini adalah seperti berikut :
i. Bagi kehilangan siku pili bomba, pihak bomba telah mencadangkan supaya set siku pili bomba jenis baru dipasang di kawasan yang mengalami kecurian. Set pili bomba jenis baru ini juga menggunakan bahan daripada plastik yang lasak.
ii. Setiap kehilangan utama akan dilaporkan kepada pihak polis supaya pemantauan terhadap peralatan-peralatan kerajaan dan kekerapan rondaan dapat ditambah dan juga pemeriksaan terhadap pembeli barang-barang lusuh dapat dilakukan serta mengambil tindakan terhadap ?scrapyard owner? yang dipercayai membeli penutup longkang yang dicuri.
iii. Besi penutup longkang akan diganti dengan jenis penutup yang bersesuaian termasuk penggunaan bahan yang lasak serta selamat kepada pengguna setempat. Terdapat cadangan untuk menggunakan penutup longkang yang tidak mempunyai nilai jualan balik seperti Fibre Reinforced Plastics (FRP) di kawasan pejalan kaki.
iv. Mengambil tindakan memasang papan tanda dengan lebih kukuh supaya tidak mudah dikeluarkan.