MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Tabung Dana Bantuan Kewangan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan disediakan untuk membantu usahawan terutamanya usahawan bumiputra untuk menjalankan perniagaan di dalam industri keusahawanan. Nyatakan jumlah keseluruhan tabung ini.
Dun -
Exco TKM
Perkara -

Jawapan
Dalam usaha membantu usahawan terutamanya usahawan bumiputera bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran menjalankan perniagaan dalam industri keusahawan, kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan.

Sepanjang tempoh 2001 hingga September 2006, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) melalui agensinya telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM637,933,872.67 bertujuan membantu usahawan terutamanya bumiputera meningkatkan keupayaan dan kemahiran untuk menjalankan perniagaan dalam bidang keusahawan. Bantuan ini disalurkan melalui agensi seperti MARA, SME Bank, Tekun dan Bank Pertanian Malaysia Berhad. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM443,520,332.62 telah diluluskan kepada usahawan Bumiputera dan baki sebanyak RM194,413,540 lagi telah disalurkan kepada usahawan bukan Bumiputera.


SME Bank turut menyediakan Tabung Dana Bantuan Kewangan untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan di dalam industri keusahawanan. Antara dana aktif yang ditawarkan adalah Tabung Usahawan Baru 2 (had pinjaman antara RM30,000 – RM50,000,000), Dana Am (had pinjaman antara RM100,000 – RM50,000,000), Tabung Khas Pelancongan 2 (had pinjaman antara RM50,000 – RM25,000,000), Tabung Usahawan Siswazah (had pinjaman antara RM20,000 – RM250,000) dan Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 (had pinjaman antara RM50,000 – RM5,000,000).

Selain dari itu, SME Bank turut menyediakan pembiayaan melalui skim pinjaman bagi program-program seperti Program Usahawan Bioteknologi, Penggalakkan Penyertaan Bumiputera dalam sektor perkhidmatan strategik, Skim Pembiayaan Third Window, Program Pembangunan Usahawan Kraf, Program Vendor (Smart Biz), Program Pembangunan Usahawan dalam Perkhidmatan ‘outsourcing’, Program Halal Hub dan Program Usahawan Agro-Based.

MARA dan PERDA juga merupakan dua agensi penting dalam membantu pembangunan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang. Bagi tujuan ini, pada tahun 2007, MARA telah diperuntukkan sejumlah RM4,242,000 melalui skim pembiayaan perniagaan dalam usaha membantu usahawan Bumiputera untuk menjalankan perniagaan mereka. Tabung Dana Kewangan PERDA yang dimulakan pada tahun 2002 telah memperuntukkan peruntukan sebanyak RM1,879,800 bagi tujuan pembiayaan mudah kepada para usahawan IKS bagi membeli mesin atau peralatan perniagaan. Sehingga April 2007, masih terdapat baki sebanyak RM300,000 untuk disalurkan bagi pembangunan usahawan di negeri ini.

Selain dari agensi-agensi yang disebutkan di atas, SMIDEC yang terlibat dalam pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) turut menyediakan bantuan kewangan kepada EKS dalam bentuk geran bersamaan (matching grant) dan pinjaman mudah. Jenis-jenis geran bersamaan yang disediakan oleh SMIDEC untuk EKS adalah bagi tujuan Permulaan Perniagaan, Peningkatan Produk dan Proses, Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti, Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produk, Pembangunan Dan Promosi Produk Halal, Pembangunan Pasaran, Pelaksanaan Standard RossettaNet, Peningkatan Kemahiran Pemasaran dan Peningkatan Kemahiran EKS.

Selain dari geran bersamaan, SMIDEC turut menyediakan bantuan dalam bentuk pinjaman mudah untuk dipohon oleh usahawan EKS seperti Skim Pinjaman Mudah Untuk EKS, Skim Pinjaman Mudah Bagi Penempatan Semula Kilang dan Skim Pinjaman Mudah Untuk Penerapan Aplikasi ICT. Setakat ini , pinjaman untuk projek di Pulau Pinang yang telah dikeluarkan berjumlah RM 10,960,000.00.

Selain daripada jabatan dan agensi persekutuan,Kerajaan Negeri turut meluluskan geran berjumlah RM1 juta untuk Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Bumiputera Pulau Pinang bagi membantu peniaga dan penjaja Bumiputera kecil dalam mengembangkan perniagaan mereka. Peruntukan ini disalurkan melalui 2 peringkat iaitu sejumlah RM500,000 dalam tahun 2006 dan baki RM500,000 lagi dalam tahun 2007.Geran ini sebagai tambahan kepada Tabung Pinjaman RM 1 Juta di bawah BPPB, JPM dan Tabung Pinjaman Tekun untuk pinjaman kecil sehingga RM 10,000.00.

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC dalam usaha membantu usahawan terutamanya usahawan Bumiputera dalam industri keusahawanan telah menyediakan sejumlah RM1 juta dibawah Program Dana Usahawan PDC. Pembiayaan ini bertujuan membantu usahawan menyertai program pembangunan usahawan seperti Program Pembangunan Kraf, Program Usahawan Akuakultur dan Program Usahawan Ternakan. Had pinjaman ditetapkan tidak melebihi RM50,000 setiap pinjaman.

Pengiktirafan koperasi sebagai usahawan juga telah memberi laluan kepada koperasi untuk memperluaskan bidang perniagaan melalui pelbagai bentuk program dan insentif oleh pihak Kerajaan. Koperasi yang mempunyai projek berdaya maju tetapi kekurangan modal akan dibantu oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) sama ada melalui bantuan pembangunan atau pinjaman dari Tabong Modal Pusingan JPK. Sehingga tahun 2006 sebanyak
RM 7.3 juta telah diberikan kepada koperasi-koperasi di Pulau Pinang dalam bentuk pinjaman melalui Tabong Modal Pusingan JPK.

Bilangan peminjam yang terlibat adalah 6,530 orang peminjam yang terdiri daripada 6,111 usahawan bumiputera dan 419 usahawan bukan Bumpiutera. Pinjaman tersebut telah diperuntukkan melalui pelbagai skim meliputi Skim Pembiayaan Am, Skim Pembiayaan Kontrak, Skim Pembiayaan Khas Pembuatan Dan Francais, Skim Pinjaman Modal, Skim Pinjaman Jangka Pendek, Skim Pinjaman Asas Tani, Skim Pinjaman Sektor Pelancongan, Financing For Micro, Small And Medium-Sized Businesses seperti di lLampiran 1.

Disemak ARA - 19/5/07











Kembali