Jawapan
Kerajaan negeri telah merancang untuk membangunkan projek perumahan mampu milik merangkumi semua daerah. Oleh itu dalam permohonan untuk mendapatkan peruntukan dalam RMK-9 yang dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terdapat cadangan untuk membangunkan tapak di atas Lot 311 dan 498, Mukim 19, Jalan Ara Kuda, Seberang Perai Tengah, seluas 22.418 ekar bagi pembinaan rumah mampu milik sebanyak 330 unit. Walau bagaimanapun pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada kajian kemungkinan dan kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sehingga kini kerajaan negeri belum lagi mendapatkan maklum balas kementerian berhubung projek-projek perumahan yang diluluskan dalam RMK-9.