MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah kemajuan tanah wakaf Pulau Pinang. Adakah sebarang usaha dan pendekatan diambil oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan mana-mana Syarikat G.L.C. untuk membangunkannya.
Dun -
Exco TKM
Perkara Tanah

Jawapan
Kemajuan pembangunan tanah wakaf di bawah RMK-8 dan RMK-9 adalah seperti berikut:

(a) Peruntukan Kerajaan di bawah RMK-8 iaitu:-

(i) Pembangunan Wakaf Kapitan Keling.

Pakej 1A - 8 unit komersial & 12 unit kediaman (telah siap)

Pakej 1B
-
5 unit komersial & 1 blok 3 tingkat
pusat rawatan (telah siap)

Pakej 1C
-
9 unit komersial (telah siap)

Pakej 2
-
36 unit kediaman, 29 unit pejabat dan
24 unit bazaar (dalam proses kediaman)

Pakej 7
-
Madrasah dan Makam MM Nordin
(telah siap)

(ii) Pembangunan Wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh


Pakej 5
-
14 unit kediaman, 14 unit komersial dan 11 unit bazaar (dalam pembinaan)

(iii) Pembangunan Wakaf Alimsah Waley, Lebuh Chulia


Pakej 6A
-
56 unit pangsapuri (telah siap)

Pakej 6B
-
Naiktaraf masjid dan 4 unit komersial (dalam pembinaan)


(b) Peruntukan kerajaan di bawah RMK-9 iaitu:

(i) Pembangunan Kampung Makam Wakaf Haji Kassim, Pembangunan Wakaf Maahad Al Mashoor & Pembangunan Wakaf Masjid Sungai Nibong.

(ii) Peruntukan dengan menggunakan Hasil Kutipan Wakaf yang sedia ada seperti pembangunan rumah kedai 2 tingkat di PT 25, Kepala Batas (bersebelahan) Pejabat Agama Daerah Kepala Batas). Projek ini telah siap dan disewa.

(iii) Usahasama dengan syarikat G.L.C.

Pembangunan Wakaf Khan Mohamad Jalan Perak – MAINPP dan JKP Sdn. Bhd. (dalam pembinaan 85 peratus).







Disemak ARA - 14/05/07




Kembali