MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Di bawah Akta Kanun Tanah Negara adakah laut boleh ditambun untuk dibangunkan bangunan di atasnya dan di bawah Akta manakah ianya dibolehkan.
Dun -
Exco TKM
Perkara Pembangunan

Jawapan
1. Soalan ini adalah berkaitan dengan kuasa Kerajaan Negeri ke atas tanah laut. Perairan laut Wilayah Malaysia telah dinyatakan di dalam Ordinan No.7 (Kuasa-kuasa Perlu) Dharurat, 1969. Di bawah seksyen 3(1) Ordinan berkenaan dinyatakan bahawa lebar perairan Wilayah Malaysia ialah 12 batu nautika, dan hendaklah diukur mengikut perkara-perkara yang dinyatakan dalam Konvensyen Geneva mengenai laut wilayah dan Zon Berdampingan 1958.

Manakala sempadan negeri pula disebutkan di bawah seksyen 4(2) Ordinan yang sama, iaitu bagi maksud tafsiran sempadan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN), sempadan laut negeri adalah bagi kawasan dalam lingkungan 3 batu nautika yang diukur dari tikas air surut.

2. Di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) tafsiran mengenai tanah dinyatakan melalui peruntukan seksyen 5 yang mendefinasikan tanah antara lain meliputi kawasan tanah yang ditutupi oleh air laut. Dalam kes ini bagi kawasan tanah laut dalam lingkungan 3 batu nautika ditafsirkan sebagai ‘tanah’ dan kuasanya terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Memandangkan tanah-tanah tersebut terletak hak kepada PBN, maka PBN mempunyai kuasa di bawah seksyen 42 Kanun Tanah Negara untuk melupuskannya bagi tujuan pembangunan. Bagi membangunkan tanah-tanah laut berkenaan, ianya perlu ditambun, dan kebenaran untuk menambun tanah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa


Disemak ARA - 16/5/07




Kembali