Jawapan
STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA
JALAN MOUNT ERSKINE PULAU PINANG
SEPANJANG TAHUN 2006
Kemalangan Maut 2 Kes
Kemalangan Parah 1 Kes
Kemalangan Ringan 2 Kes
Kemalangan Rosak 92 Kes
Jumlah Kemalangan 97 Kes
2007 (JAN – MAC)
Kemalangan Maut 0 Kes
Kemalangan Parah 0 Kes
Kemalangan Ringan 0 Kes
Kemalangan Rosak 29 Kes
Jumlah Kemalangan 29 Kes
Setelah dipantau, Pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) mendapati bahawa jalan tersebut adalah Jalan Pintas bagi pengguna jalan raya dari Tanjung Bunga Ke George Town dan sebaliknya. Sikap pemandu dan penunggang motosikal seringkali memandu melebihi had laju dan tidak mengikut peraturan lalu lintas adalah punca utama berlakunya kemalangan. Tambahan pula, terdapat binatang ternakan yang seringkali dibiarkan melintas jalan dan berada di tepi jalan kadangkala menyumbang kepada berlakunya kemalangan.
Antara langkah-langkah yang akan dan sedang diambil oleh pihak MKJR bagi menangani masalah ini ialah:
- mencadangkan supaya garisan putih dijadikan satu (1) lorong sahaja daripada 1 setengah lorong supaya pengguna jalan raja tidak memotong dari sebelah kiri.
- memperbanyakkan papan tanda had laju 70 km/j dan larangan meletak kenderaan di bahu jalan raya dan berhampiran persimpangan jalan.