MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Nyatakan apakah jenis dan jumlah kewangan lindungan insuran untuk pengguna Feri PPSB. Jikalau tidak ada, mengapa dan apakah pendirian kerajaan negeri. Sedarkah bahawa sebagai kemudahan asas untuk perhubungan warga antara Seberang Perai dan pulau, keselamatan pengguna adalah tanggungjawab PPSB.
Dun -
Exco KKH
Perkara Pengangkutan Awam

Jawapan
PPSB melindungi pengguna feri di bawah Insurans Perlindungan Tanggungan Awam (Port Operator Liability ) dengan jumlah tuntutan tidak melebihi RM22.8 juta, sekiranya kemalangan berlaku di darat. Sekiranya kemalangan berlaku di laut, pengguna feri akan dilindungi di bawah polisi Protection And Indemnity.




Kembali