MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah langkah-langkah yang akan dijalankan oleh JPNPP ke arah meningkatkan tahap pencapaian SPM tahun ini dan akan datang khususnya bagi sekolah-sekolah luar bandar.
Dun -
Exco TKW
Perkara ADUN

Jawapan
7. Jabatan Pelajaran Negeri telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian SPM pada tahun ini dan pada masa akan datang. Langkah-langkah tersebut adalah :

(i) Mengadakan peperiksaan bersama pada 14-25 Mei 2007 bagi semua sekolah menengah untuk peringkat SPM dan PMR yang bertujuan bagi mendapatkan TOV (take off value) bagi semua sekolah. Di samping itu, peperiksaan tersebut bertujuan untuk memastikan sekolah mengetahui prestasi semasa pelajar yang membolehkan program tertentu dapat dilaksana berdasarkan pencapaian semasa pelajar.

(ii) Menjalankan pemantauan secara berkelompok dan individu ke sekolah-sekolah mengikut mata pelajaran untuk melihat tahap Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) serta keberkesanan program menghadapi peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah.

(iii) Mengadakan aktiviti dan program seperti kelas tambahan, kelas pengayaan dan sesi ceramah teknik menjawab soalan bagi memberi persediaan yang cukup kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Program tersebut dilaksanakan terutamanya di kawasan luar bandar oleh pihak JPN sendiri di samping bekerjasama dengan agensi seperti PERDA, Pusat Urus Zakat (PUZ), Jawatankuasa Pemandu (JKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

(iv) Memberi pendedahan serta bimbingan kepada guru berkaitan kaedah pengajaran, teknik pengajaran serta perkara terbaru dalam kurikulum supaya guru dapat memberi P&P yang berkesan semasa di sekolah.

Kembali