Jawapan
PBAPP Sdn Bhd memang mempunyai rancangan untuk menukar sesalur-sesalur utama yang lama dan juga sesalur-sesalur komunikasi jenis besi galvani sehingga ke kedudukan meter pengguna. Walau bagaimanapun, PBAPP mendapati pada masa ini keperluan untuk menukar sesalur di kawasan Kadun Batu Lanchang tidak begitu mendesak kerana kerosakan sesalur atau kejadian sesalur pecah tidak begitu banyak dan kerap. Walau bagaimanapun PBAPP mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengganti sesalur-sesalur lama di kawasan KADUN Batu Lanchang.
Kawasan-kawasan yang telah ditukar sesalur lama dengan sesalur baru adalah seperti berikut:-
1. Jalan Hamilton
2. Jalan Free School
3. Taman Hargreave
4. Taman Hutching
5. Jalan Pinhorn
6. Taman Hijau
7. Jalan Sir Ibrahim
8. Lebuhraya Batu Lanchang
9. Taman Jelutong
10. Taman Bukit Dumbar
11. Jalan Thomas
12. Jalan Faraday