Jawapan
Secara keseluruhannya, jenayah indeks dari Kontinjen Polis Negeri Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan sedikit, iaitu hanya 1.5 %.
Untuk mengatasi masalah peningkatan jenayah, pihak Polis Kontinjen Pulau Pinang terus menjalankan pelbagai strategi untuk mengurangkan dan membendung jenayah seperti berikut:-
(i) Menjalankan operasi-operasi yang berterusan di semua peringkat daerah dengan mensasarkan kepada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
(ii) Menambah bilangan kereta peronda yang sedia ada disetiap zon dalam usaha pencegahan jenayah terutamanya di kawasan-kawasan perumahan, kawasan-kawasan perindustrian dan kawasan tumpuan orang ramai.
(iii) Menempatkan lebih ramai pegawai dan anggota polis beruniform di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.
(iv) Menyedarkan masyarakat dalam usaha memerangi jenayah terutamanya menyalurkan maklumat kepada polis.
(v) Meneruskan kempen-kempen mencegah jenayah bersama NGO, JKKK, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, pusat-pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah untuk memberi kesedaran terhadap usaha mencegah jenayah serta bekerjasama membantu pihak polis menghapuskan jenayah.