Jawapan
14. (a) Mengikut Seksyen 84, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974, jika mana-mana bangunan ditinggalkan dan tiada penghuni dan dijadikan tempat berkumpul penagih dadah serta menjadi suatu kacauganggu awam, maka Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan notis kepada pemunya bangunan untuk menutup bangunan berkenaan.
MPPP telah mengeluarkan notis statutori tersebut kepada pemunya bangunan-bangunan berkenaan untuk memasang papan penghadang (hoarding) di sekeliling bangunan dan mengambil langkah-langkah di atas.
MPPP juga telah mengeluarkan notis kacauganggu di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 kepada pemunya bangunan untuk menghentikan kacauganggu awam yang melibatkan struktur-struktur bangunan dan menghendaki bangunan berkenaan diperbaiki supaya ianya selamat dan boleh diduduki.
(b) MPPP tidak mendakwa pemunya bangunan di bawah Seksyen 84 (2), Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 atas kegagalan mereka mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah Sek. 84(1). Walau bagaimanapun, apabila kehendak-kehendak notis berkenaan tidak dipatuhi, MPPP telah menggunakan kuasa-kuasa di bawah Sek. 84(3) untuk memasang papan penghadang (hoarding) bagi pihak pemunya bangunan dan menuntut kosnya.