MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah keistimewaan yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing yang menempatkan kilang-kilang mereka di Zon-zon Perdagangan Bebas khasnya yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran dan adakah kerajaan negeri bercadang untuk memanjangkan keistimewaan seperti ini kepada pelabur-pelabur tempatan yang mewujudkan kilang-kilang mereka di taman-taman perindustrian seperti di Taman Perindustrian Diamond Valley, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.
Dun -
Exco YABKM
Perkara Perindustrian (Perusahaan)

Jawapan
1. Zon Perdagangan Bebas sememangnya merupakan sebuah kawasan yang diwartakan di bawah ‘Akta Zon Perdagangan Bebas’. Zon-zon ini mempunyai keistimewaan dari segi prosidur-prosidur impot dan expot, di mana setiap expot dan impot yang terlibat di dalam pembuatan sesebuah barangan yang dikeluarkan oleh syarikat di dalam zon tersebut dikecualikan daripada duti Kastam. Kawasan ini dianggap sebagai di luar “principal customs area”.

2. Keistimewaan lokasi syarikat-syarikat di dalam Zon Perdagangan Bebas adalah berdasarkan aktiviti pembuatan yang berunsur impot/expot. Ia sememangnya dipanjangkan kepada syarikat-syarikat tempatan mahupun asing, tertakluk kepada ciri-ciri impot/expot mereka.

3. Walau bagaimanapun, dengan kadar tariff kini yang rendah serta tren liberasasi perdagangan, kelebihan-kelebihan Zon-Zon Perdagangan Bebas tidak berapa berbeza daripada Taman-Taman Perindustrian yang biasa.

4. Taman Perindustrian Diamond Vally adalah dibangun dan dimiliki oleh pihak swasta dan bukan projek perindustrian PDC.



Kembali