Jawapan
4. Mengikut prosidur Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), meter air untuk permohonan baru akan dipasang dalam tempoh tiga (3) hari dengan syarat bahawa pelan-pelan telah diluluskan, pemasangan paip dan pepasang telah diluluskan oleh pegawai PBAPP dahulu, dokumen-dokumen yang berkenaan telah diisi dan bayaran-bayaran telah dijelaskan. Syarat-syarat untuk permohonan bekalan air tidak berubah banyak sejak PBAPP dikorporatkan. Hanya beberapa syarat yang perlu diubah untuk mematuhi aspek perundangan sebagai sebuah syarikat persendirian. Untuk projek PPRT, pada kebiasaannya permohonan akan dikemukakan oleh Pejabat Daerah dengan satu senarai nama pemohon yang diuntukkan rumah di bawah sekim ini. Terdapat kes di mana nama pemohon adalah berlainan daripada nama dalam senarai yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah. Oleh itu, untuk memastikan bahawa pemohon adalah pemilik rumah berkenaan, bil hasil rumah perlu dikemukakan semasa membayar deposit meter air.