Jawapan
1. Tuan-tuan tanah boleh mengemukakan permohonan untuk menukar syarat tanah daripada pertanian kepada lain-lain kegunaan menurut peruntukan Seksyen 124, Kanun Tanah Negara. Semasa mengemukakan permohonan, perkara-perkara berikut perlu dikemukakan:
a) Borang permohonan
b) Salinan surat hakmilik tanah
c) Pelan tanah
d) Salinan resit cukai tanah
e) Salinan ‘Power of Attorney (Jika berkaitan)
f) Bayaran proses permohonan (atas kadar RM100.00 bagi satu lot)
2. Pihak Berkuasa Negeri akan menimbang semua permohonan yang dikemukakan. Semasa menimbang permohonan, beberapa perkara akan diambil kira seperti pandangan jabatan-jabatan teknikal, perancangan gunatanah yang telah dicadangkan di dalam Pelan Rancangan Struktur, faktor sosio-politikal-ekonomi dan sebagainya.
OK - ARA 12/05/04