MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Jalan P. Ramlee, Kampung Masjid, Kampung Shaik Yusoff dan Kampung Kebun Lama di KADUN Datok Keramat.
Dun
-
Exco
THN
Perkara
Bencana Alam
Jawapan
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir dikawasan yang tersebut diatas adalah seperti berikut :
(a) Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang Fasa II yang meliputi sebahagian Sungai Pinang iaitu dari Rantaian 1305 meter (Balai Rakyat @ Jalan Patani) hingga ke Rantaian 2865 meter. (Jalan Air Itam @ Dhoby Ghaut).
Walau bagaimanapun, projek ini masih belum dilaksanakan lagi kerana masalah perpindahan setinggan yang belum selesai lagi.