MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sedarkah bahawa "bulk cargo terminal" di Butterworth telah digunakan untuk pengimport bahan-bahan kimia beracun untuk perusahaan di kawasan utara Malaysia. Sila senaraikan bahan-bahan kimia beracun tersebut melalui penjenisan dan kuantiti setahun. Apakah kawalan sediada. Sila beri keterangan terperinci apakah tindakan kecemasan untuk mengatasi keadaan darurat, adakah ahli-ahli skuad penyelamat dengan peralatan kemudahaan mencegah yang mencukupi. Jikalau terpaksa mengosongkan atau memindah orang keluar dari kawasan kejadian terlibat siapakah pihak berkuasa terlibat.
Dun -
Exco KKH
Perkara ADUN

Jawapan
41. Prai Bulk Cargo Terminal (PBCT) mengendalikan bahan-bahan berbahaya seperti Liquidified Petroleum Gas (LPG), Vinyl Chloride Monomer (VCM), Butadine, Ammonia, Acrylonitrile, Styrene Monomer, Methanol dan Mono Ethylene Glycol (MEG). Bahan-bahan kimia yang diklafikasikan beracun adalah Vinyl Chloride Monomer (VCM), Ammonia dan Acrylonitriie. Bahan-bahan berbahaya yang lain diklafikasikan sebagai mudah terbakar. Maklumat lanjut mengenai pengendalian bahan-bahan tersebut adalah seperti di lampiran.

Bagi menangani kecemasan di PBCT, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) telah menyediakan Emergency Response Plan (ERP) untuk kecemasan peringkat Tier 1 seperti berikut:-



a) Contigency Plan
· Bomb threats
· Natural disaster
· Civil disturbance/industrial dispute
· Evacuation plan
· Operational action plan

b) Fire Response Plan
· Godown/open areas
· Vessel at berth
· Buildings

c) Marine Contingency Plan
· Collision
· Grounding
· Vessel on fire at sea

PPSB telah melaksanakan latihan menangani kecemasan sekurang-kurangnya setahun sekali bersama-sama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya.

PPSB juga telah menempatkan sebuah Balai Bomba bersama-sama keanggotaan dan kelengkapan yang mencukupi untuk menangani sebarang kecemasan yang melibatkan bahan-bahan berbahaya tersebut. Peralatan kecemasan di PBCT antaranya adalah fire engine, tower monitors, ground monitors, pressurized hydrant system, foam system, hose reel system dan oil spill recovery equipment. Di dalam situasi kecemasan, jika terpaksa mengosongkan atau memindah orang keluar dari kawasan kejadian, pihak berkuasa yang terlibat ialah Penang Port Sdn. Bhd dan Suruhanjaya PelabUhan Pulau Pinang.










LAMPIRAN

KENDALIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA BAGI TAHUN 2003 DI
PRAI BULK CARGO TERMINAL (PBCT)


Bahan Klasifikasi Pengimport Jumlah (tan metrik)
Liquefied Petroleum Gas Sangat mudah terbakar Petronas Dagangan Sdn. Bhd. 74,499
Vinyl Chloride Monomer Sangat mudah terbakar dan bertoksik Malayan ElectroChemical Industries 26,796
Styrene Monomer Mudah terbakar Toray Plastic (M) Sdn. Bhd. 114,763
Methanol Sangat mudah terbakar Federal Fertilizer Co.Sdn. Bhd. dan Borden Chemical (M) Sdn. Bhd. 27,062
Ammonia Bertoksik Federal Fertilizer Co. Sdn. Bhd. 0
Butadiene Sangat mudah terbakar Toray Plastic (M) Sdn. Bhd. 28,358
Gasoline Sangat mudah terbakar Petronas Dagangan Sdn. Bhd. 445,355
Acrylonitrile Sangat mudah terbakar dan bertoksik Toray Plastic (M) Sdn. Bhd. 51,260






Kembali