Jawapan
Secara umumnya harga barangan dan perkhidmatan di malaysia tidak dikawal oleh kerajaan, ini adalah selaras dengan amalan perdagangan Kerajaan Malaysia dalam mengamalkan dasar free enterprise. Dari itu trends perubahan harga runcit ditentukan oleh suasana pasaran dengan mengambilkira keadaan permintaan dan bekalan.
Sungguhpun begitu, bagi tujuan melindungi orang ramai khususnya pengguna yang terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dasar. Dalam konteks ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil pendekatan dengan dasar pemberian subsidi dan pemotongan cukai ke atas beberapa barangan kawalan berjadual seperti;
(i) Petrol
(ii) Diesel
(iii) Gas petroleum cecair (LPG)
Sepanjang tahun 2003/2004 pihak kerajaan telah memberikan susbsidi kepada komoditi ini seperti di rajah 1
Langkah ini dilaksanakan memandangkan bahan petrol, diesel dan gas cecair petroleum adalah sumber bahanapi paling asas dalam semua industri di Malaysia. Ianya mencakupi semua sektor seperti pengangkutan (darat dan laut), pengilangan (makanan dan bukan makanan), perkapalan (nelayan dan pelancongan) agar tidak terjejas kesan dari peningkatan harga komoditi dunia, dengan subsidi ini sebahagian kos diserap oleh kerajaan melalui pemotongan cukai dan pemberian subsidi.
Kesanya harga barang-barang utama keperluan harian pengguna dan hasil pembuatan mengalami kos yang relatifnya rendah berbanding dengan negara-negara jiran kita seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Phillipina seperti di rajah 2
Di samping itu, setiap tahun menjelang musim perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Puasa dan Tahun Baru China. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mewarta beberapa barangan pengguna tambahan kepada yang sedia ada di bawah skim kawalan harga di bawah akta kawalan harga 1946.
Sepanjang tahun 2003/2004 untuk perayaan Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina, KPDNHEP telah menetapkan harga seperti di rajah 3
Sungguhpun begitu, tindakan secara perundangan serta langkah-langkah kerajaan tidak memadai sekiranya pengguna sendiri tidak melaksanakan tindakan seperti memboikot, barang yang tinggi dan tidak bermutu di pasaran.
Oleh itu di samping penguatkuasaan oleh KPDNHEP, langkah menyedarkan orang ramai dan peniaga juga dilaksanakan agar suasana pasaran yang harmoni di pasaran Malaysia dalam “situasi menang-menangâ€.