Jawapan
Jawapan (a):
1) Pasangan Islam
i)Bilangan perceraian bagi pasangan beragama Islam mengikut UMUR di Pulau Pinang pada tahun 2003 adalah seperti berikut:
Umur Suami (Tahun) Peratus(%)
15-20 4
21-25 12
26-30 21
31-35 28
35-40 16
41-45 11
46-50 5
> 50 3
Umur Isteri (Tahun) Peratus(%)
15-20 5
21-25 21
26-30 29
31-35 18
35-40 13
41-45 8
46-50 4
> 50 2
ii) Bilangan perceraian bagi pasangan beragama Islam mengikut PEKERJAAN di Pulau Pinang pada tahun 2003 adalah seperti berikut:
Pekerjaan Suami Peratus(%)
Profesional 1.73
Swasta 4.10
Kerajaan 14.90
Kilang 23.97
Sendiri 20.10
Penganggur 7.99
Lain-lain 27.21
Pekerjaan Isteri Peratus (%)
Profesional 1.73
Swasta 13.82
Kerajaan 12.74
Kilang 28.08
Sendiri 8.64
Penganggur 26.13
Lain-lain 8.86
iii) Bilangan perceraian bagi pasangan beragama Islam mengikut DAERAH di Pulau Pinang pada tahun 2003 adalah seperti berikut:
Daerah DTL SPU SPT SPS DBD Jumlah
Bilangan 200 211 252 51 211 925
Di antara sebab-sebab berlaku perceraian yang dikenalpasti di kalangan pasangan beragama Islam adalah kerana tahap ekonomi pasangan yang tidak stabil, tahap pendidikan yang rendah, kurang pengetahuan pengurusan rumahtangga, faktor-faktor persekitaran seperti campurtangan keluarga, campurtangan orang ketiga dan sebagainya.
Mengikut kadar perceraian di kalangan pasangan Islam sejak 5 tahun kebelakangan ini, didapati kadar perceraian meningkat setiap tahun iaitu 911 kes pada tahun 2003 berbanding 911 kes pada tahun 2002. Di antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kadar perceraian adalah seperti berikut:
i) Mengadakan kursus perkahwinan dan kursus kepada pasangan yang telah berkahwin.
ii) Meningkatkan prestasi modul kursus perkahwinan dengan memanjangkan tempoh kursus.
iii) Mengadakan seminar keibubapaan kepada pekerja-pekerja kilang.
iv) Memberi kaunseling kepada pasangan yang menghadapi masalah.
v) Mengedarkan risalah sebagai bahan bacaan tambahan kepada mereka yang menghadiri sesi kaunseling.
2) Pasangan Bukan Islam
Bilangan perceraian bagi pasangan bukan Islam untuk tahun 2003 ialah 812 kes. Bagaimanapun, pihak mahkamah tidak mempunyai statistik perceraian mengikut pengkelasan umur, pekerjaan, daerah, bangsa dan sebab-sebab perceraian.