MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan (a) Nyatakan statistik bilangan banduan di Penjara Pulau Pinang mulai tahun 1995 mengikut negara, jantina, umur, tahap pendidikan, jenis jenayah dan hukuman yang dikenakan. (b) Berapakah peruntukan perbelanjaan setiap banduan setiap hari dan berapakah jumlah perbelanjaan Penjara Pulau Pinang setahun.
Dun -
Exco SP
Perkara ADUN

Jawapan
(a) Jumlah banduan di Penjara Pulau Pinang dari tahun 1995 hingga 2003 ialah seramai 27,469 orang. Dari jumlah tersebut, 24,191 adalah banduan lelaki manakala banduan wanita ialah 3,278 orang.

Jenis jenayah yang dilakukan dari tahun 1995 hingga 2003 adalah seperti berikut:

(i) Kanun Keseksaan = 6,753 orang
(ii) Akta Senjatapi = 32 orang
(iii) Akta Dadah = 11,062 orang
(iv) Akta Imigresen = 4,642 orang
(v) Akta JPJ = 642 orang
(vi) Akta Judi = 263 orang
(vii) Akta Rasuah = 49 orang
(vii) Lain-lain Kes = 4026 orang


Jenis hukuman yang dikenakan dari tahun 1995 hingga 2003 ialah:

(i) Kurang daripada 6 bulan = 8184 orang
(ii) 6 bulan ke 12 bulan = 9387 orang
(iii) 1 tahun – 3 tahun = 8786 orang
(iv) 3 tahun ke 6 tahun = 919 orang
(v) 6 tahun – 10 tahun = 122 orang
(vi) 10 tahun – 15 tahun = 30 orang
(vii) 15 tahun – 20 tahun = 8 orang
(vii) Seumur hidup = 10 orang
(ix) Seumur hayat = 1 orang
Hukuman gantung (Mati) = 22 orang


Jumlah banduan mengikut tahap pendidikan di Penjara Pulau Pinang dari tahun 1995 hingga 2003 ialah:

(i) Tidak bersekolah = 1,664 orang
(ii) Darjah 1-3 = 4,196 orang
(iii) Darjah 4-6 = 8,753 orang
(iv) Tingkatan 1-3 = 8,764 orang
(v) Tingkatan 4-5 = 3,986 orang
(vi) Tingkatan 6/Maktab = 91 orang
(vii) Universiti = 15 orang


Jumlah banduan mengikut umur dari tahun 1995 hingga 2003 di Penjara Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) 21 tahun ke bawah = 1956 orang
(ii) 21-29 tahun = 8854 orang
(iii) 30-39 tahun = 11512 orang
(iv) 40-49 tahun = 4189 orang
(v) 50-59 tahun = 783 orang
(vi) 60-69 tahun = 166 orang
(vii) 70 tahun ke atas = 9 orang

Jumlah banduan mengikut negara sejak tahun 1995 hingga 2003 ialah:

(1) Malaysia = 20967 orang
(2) Indonesia = 3215 orang
(3) China = 108 orang
(4) Thailand = 448 orang
(5) Myanmar = 1462 orang
(6) Bangladesh = 765 orang
(7) India = 119 orang
(8) Pakistan = 86 orang
(9) Singapura = 15 orang
(10) Nepal = 110 orang
(11) Britain = 2 orang
(12) Sri Lanka = 20 orang
(13) Ghana = 10 orang
(14) Iran = 5 orang
(15) Nigeria = 7 orang
(16) Vietnam = 8 orang
(17) Kemboja = 26 orang
(18) Mesir = 1 orang
(19) Afrika = 9 orang
(20) Uzbekistan = 10 orang
(21) Itali = 1 orang
(22) Greece = 2 orang
(23) Sudan = 2 orang
(24) Hong Kong = 1 orang
(25) Jepun = 1 orang
(26) Liberia = 10 orang
(27) Congo = 2 orang
(28) Zimbabwe = 4 orang
(29) Ireland = 1 orang
(30) Cameroon = 3 orang
(31) Malawi = 1 orang
(32) Amerika Syarikat = 2 orang
(33) Afghanistan = 1 orang
(34) Jerman = 1 orang
(35) Filipina = 37 orang
(36) Switzerland = 1 orang
(37) Rusia = 4 orang
(38) Albania = 1 orang
(39) Jordan = 1 orang


(b) Wang yang dibelanjakan untuk setiap banduan pada setiap hari ialah RM3.65. Manakala perbelanjaan pengurusan banduan bagi penjara Pulau Pinang setahun (2003) ialah RM3,224,136.00.

Kembali