Jawapan
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merancang untuk membangunkan projek rekreasi di kawasan yang tidak terlibat dengan projek Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Buat masa ini MPSP telah membangunkan 2 kompleks penjaja iaitu di Taman Dr. Awang dan Taman Robina. Kedua-dua tempat ini adalah berhampiran pantai dan menjadi tumpuan awam di hujung minggu.
MPSP akan menaiktaraf kedua-dua kawasan ini sebagai tempat rekreasi setelah pihak JPS menyelesaikan masalah hakisan pantai.