Jawapan
Tindakan yang telah diambil oleh PDRM bagi mengurangkan kes-kes jenayah bagi mencapai matlamat jenayah sifar di negeri ini ialah:
a. Latihan Dalam Perkhidmatan ditingkatkan lebih kerap kepada pegawai dan anggota dalam mempertingkatkan kualiti kerja khususnya dibidang siasatan;
b. Menjalankan siasatan dengan lebih teliti di samping penggunaan peralatan forensik ke arah mengesan penjenayah yang terlibat bagi pertuduhan dan hukuman setimpal;
c. Melancarkan Ops Bersepadu di seluruh kontinjen dengan menggembeleng semua tenaga pegawai dan anggota disemua peringkat. Penugasan rondaan kereta (MPV), rondaan biasa ditingkatkan dengan penumpuan utama kepada kawasan tumpuan jenayah.
d. Menganjurkan perjumpaan dengan pertubuhan, persatuan dan orang ramai kearah mendapat kerjasama masyarakat bersama membanteras jenayah; dan
e. Hebahan melalui media massa termasuk Mutiara FM terus dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencegah jenayah.