MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Mengapakah sehingga kini, kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangani masalah kesesakan trafik di Jalan Tun Dr Awang berdekatan persimpangan Taman Melati akibat daripada bas-bas mini dan teksi yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka sepanjang hari.
Dun -
Exco THN
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
Perhentian bas yang disediakan oleh MPPP di Jalan Tun Dr. Awang, lebih kurang 100 kaki dari persimpangan Lintang Mahsuri (laluan ke Taman Melati), adalah untuk bas mengambil dan menurunkan penumpang. "Lay-by" bagi teksi juga telah disediakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya di lokasi yang sama untuk pemandu teksi mengambil dan menurunkan penumpang. Walau bagaimanapun, bas-bas mini dan teksi didapati menunggu lama dan menganggu aliran lalulintas.

Memandangkan penguatkuasaan dalam hal yang berkaitan adalah di luar bidangkuasa MPPP, masalah tersebut telah dirujuk untuk perhatian dan tindakan pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan melalui surat bertarikh 11.10.2006.

Pada masa yang sama, pihak JKR juga telah menjalankan kerja-kerja mengecat garisan kuning dan memasang papan tanda amaran di kawasan terbabit sebagai langkah pencegahan.
Kembali