MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Mengikut Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2005-2020 bagi Kawasan Paya Terubong, adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengujudkan: (a) Kemudahan Asas seperti Taman Rekreasi, Dewan, Perpustakaan Awam dan Pejabat Pos. (b) Penstrukturan semula kegunaan tanah industri yang sesuai dan tidak sesuai diusahakan di kawasan Paya Terubong perubahan kepadatan penduduk yang tinggi.
Dun -
Exco THN
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
(a) Paya Terubong telah dikenalpasti sebagai pusat penempatan utama dalam hieraki bandar seperti yang terdapat dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang. Sebagai pusat penempatan utama ianya memerlukan taman bandar, dewan serbaguna dan perpustakaan bergerak. Walau bagaimanapun penentuan lokasi tapak hanya akan ditentukan di peringkat Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) yang sedang disediakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pejabat Pos tidak dinyatakan dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, telah terdapat pejabat pos di Farlim dan Bandar Air Itam.

(b) Penstrukturan semula kegunaan tanah industri di kawasan Paya Terubong juga akan disediakan di peringkat penyediaan Rancangan Tempatan. Pandangan dan komen daripada orang awam akan diambilkira semasa seranta awam Draf Rancangan Tempatan kelak.




Kembali