MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Pembangunan Pusat Pendaratan Ikan Tuna di Batu Maung: (a) Sehingga kini berapa peratuskah pembangunan ini telah siap. (b) Bilakah pembangunan ini akan siap sepenuhnya. (c) Berapakah jumlah pendaratan ikan tuna pada tahun 2005 dan 2006.
Dun -
Exco AI
Perkara Pertanian/Penternakan/Perikanan

Jawapan
a) Sehingga kini peratus siap projek adalah sebanyak 15.07 peratus dimana Fasa 1 dan 2 telah pun siap sepenuhnya dan telah dirasmikan oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 4 April 2006.

b) Pusat Pendaratan Ikan Tuna (MITP) kini hanya sedang menunggu pembiayaan serta kelulusan akhir kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk meneruskan pelaksanaan pembangunan utama Fasa 3 yang akan bermula selewat-lewatnya pada awal tahun 2007 dan dijangka siap pada akhir tahun 2008.

c) Jumlah pendaratan ikan tuna pada tahun 2005 adalah sebanyak 4,133 tan metrik manakala sehingga bulan Jun 2006, jumlah pendaratan ikan tuna adalah sebanyak 1,900 tan metrik.

Kembali