MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan
Sila nyatakan apakah rancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Kerjasama Bukit Tengah dan kawasan berhampiran kedai minyak shell Bukit Mertajam.
Dun
-
Exco
THN
Perkara
Pengairan
Jawapan
Kerajaan akan mengambil tindakan menyelenggara jalan-jalan utama di kawasan Taman Kerjasama Bukit Tengah dan berhampiran kedai minyak Shell Bukit Tengah bagi mencegah kejadian banjir kilat. Selain dari itu langkah pemantauan yang lebih kerap dilaksanakan bagi mengenal pasti punca banjir dan mengatasi masalah berkaitan.