MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila nyatakan insentif-insentif yang diberi oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bagi menggalakkan perkembangan pelaburan domestik di dalam negeri ini. Sila huraikan trend dan perkembangan pelaburan domestik mengikut sektor di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2004.
Dun -
Exco YABKM
Perkara Ekonomi

Jawapan
Malaysia mengamalkan kerajaan berpusat. Oleh yang demikian, insentif-insentif yang diberikan kepada para pelabur adalah daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) melalui MIDA (Malaysian Industrial Development Authority) dan SMIDEC (SMI Development Corporation); dan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MDeC (Multimedia Development Corporation) dan MBC (Malaysian Biotech Corp).

Insentif-insentif dan geran-geran yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia termasuk:
• ”Strategic Investment Fund” di bawah Skim Insentif Pra-pakej oleh MIDA
• “Industrial Adjustment Fund” oleh MIDA
• “Automation Fund” oleh MIDA
• “Halal Project Matching Grant” oleh SMIDEC
• “Business Planning and Development Matching Grant” oleh SMIDEC
• “Packaging, Design and Labeling Matching Grant” oleh SMIDEC
• “Productivity and Quality Improvement Matching Grant” oleh SMIDEC
• “Product and Process Improvement Matching Grant” oleh SMIDEC
• “Market Development Matching Grant” oleh Matrade
• “Brand Promotion Matching Grant” oleh Matrade
• “Biotechnology Commercialization Fund” (BCF) oleh MOSTI
• “Industry Grant Scheme” (IGS) oleh MOSTI
• “ScienceFund” oleh MOSTI
• “TechnoFund” ole MOSTI
• “InnoFunds” oleh MOSTI
• “Technology Acquisition Fund” (TAF) oleh MTDC
• “Commercialization of R&D Fund” (CRDF) oleh MTDC
• “MSC Grant Scheme” (MGS) oleh MDeC
• “Seed Fund” oleh Malaysia Biotech Corp (MBC)
• “R&D Matching Fund” oleh MBC
• “International Business Development Matching Fund” oleh MBC
• “Cradle Investment Program Grant” oleh MAVCAP
• “Fund for Food” oleh Bank Pertainian
• “Equity Financing Loan” untuk Bumiputera oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperatif (MECD)


Semua insentif yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia adalah terbuka kepada syarikat-syarikat tempatan, dengan syarat syarikat-syarikat itu memenuhi kelayakan seperti saiz modal dan teknologi yang digunakan.

Dari Lampiran A, adalah nyata tahun 2004 merupakan tahun di mana Negeri Pulau Pinang menerima pelaburan domestik yang tinggi sekali dalam tempoh 2001 - 2006, iaitu melebihi RM 1 billion atau 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan bagi negeri ini oleh MIDA. Pada tahun 2005 dan 2006 (Jan – Sept) peratusan pelaburan domestik menurun kepada RM 717 juta dan RM 515 juta masing-masing. Peratusan pelaburan domestik dan jumlah pelaburan telah menurun bagi tahun 2005 dan 2006 (Jan – September) ke 15.5% daan 18.5% masing-masing kerana pelaburan asing (FDI) meningkat mendadak. Akan tetapi, nilai pelaburan tempatan bagi kedua-dua tahun ini adalah lebih tinggi daripada nilai pelaburan tempatan pada tahun 2001, 2002 dan 2003 masing-masing.

Bagi pelaburan mengikut sektor Lampiran B, jelas menunjukkan bahawa sektor Elektrikal & Elektronik memberi sumbangan yang terbesar kepada pelaburan ke negeri ini. Pada tahun 2004 sektor Elektrikal & Elektronik telah menyumbangkan sebanyak RM 477 juta iaitu 47.11% daripada jumlah keseluruhan pelaburan. Ini diikuti pula dengan sektor ”Chemical & Chemical Prpoduct” berjumlah RM94 juta atau 9.32% dari jumlah pelaburan.

Pada tahun 2005 sektor Elektrikal & Elektronik sekali lagi berada di tangga ke atas dengan jimlah pelaburan RM 340 juta iaitu 47.45% dari jumlah keseluruhan pelaburan. Ini di ikuti pula dengan sektor ”Basic Metal Products” yang nilai pelaburannya berjumlah 91 juta atau 12.78%.

Sehingga September 2006 pelaburan yang terbesar di tunjukkan adalah bagi sektor ”Rubber Product” dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 169 juta atau 24.17% manakala pelaburan di sektor Elektikal & Elektronik berada di tangga kedua dengan pelaburan berjumlah RM 122 juta iaitu 17.42%.

Hanya sebilangan kecil syarikat-syarikat tempatan yang mampu menembusi pasaran antarabangsa dan kebanyakan syarikat tempatan masih merupakan industri sokongan kepada syarikat-syarikat multinasional yang bertapak di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, pelaburan tempatan adalah pada umumnya di sektor elektrikal & elektronik, mesin, logam (fabricated metal), kimia dan berasaskan kertas. Kita memerlukan pelaburan asing untuk membangunkan industri sokongan tempatan. Oleh yang demikian peningkatan yang besar dalam pelaburan daripada syarikat-syarikat multinasional akan mengakibatkan peningkatan yang signifikan dalam pelaburan tempatan. Selain daripada itu, pada kebiasaannya, syarikat-syarikat multinasional adalah lebih berintensif modal sekiranya dibandingkan dengan syarikat-syarikat tempatan.
Kembali