Jawapan
Di antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di negeri ini adalah seperti berikut:
a). Menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan di kawasan yang sering berlaku kemalangan.
b). Menjalankan Kempen Keselamatan Jalan Raya secara berterusan menerusi ceramah dan kursus kepada pemandu dan penunggang motosikal, pameran, tayangan video mengenai cara-cara yang lebih selamat menunggang motosikal dan pendidikan lalulintas bagi murid-murid sekolah.
c). Menganjurkan seminar dan bengkel, melatih dan memberi tunjuk ajar kepada belia dan penuntut-penuntut pengajian tinggi, mengenai cara pemanduan berhemah.
d) Membina lebih banyak lagi lorong motosikal di bawah RMK-9 dan menaik taraf jalan raya supaya lebih selamat untuk pengguna jalan raya.
e). Meningkatkan operasi penguatkuasaan ke atas pengguna-pengguna jalanraya; dan
f). Mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan trafik.