Jawapan
Penubuhan investPenang adalah bertujuan untuk mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai lokasi kegiatan pembuatan dan perkhidmatan berasaskan pembuatan. investPenang mempunyai objektif-objektif yang bera`saskan “4Mâ€, iaitu:
• “Marketingâ€, iaitu memasarkan Pulau Pinang sebagai lokasi untuk pelaburan dan pelaburan semula
• â€Match-makingâ€, iaitu memadankan syarikat-syarikat antarabangsa (MNC) dengan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan
• “MSC-Promotionâ€, iaitu mempromosikan Multimedia Super Corridor (MSC)
• “Managing relationshipâ€, iaitu menguruskan hubungan di antara pihak kerajaan dengan pihak swasta
Kegiatan-kegiatan investPenang
Selaras dengan objektif-objektif di atas, antara kegiatan yang telah dijalankan oleh investPenang dari Januari 2005 hingga Oktober 2006 adalah seperti berikut:
1. Mengadakan 442 mesyuarat perniagaan dengan 360 pelabur, iaitu 166 pelabur asing dan 194 pelabur tempatan
2. Menyertai lawatan-lawatan promosi pelaburan ke luar negara yang dianjurkan oleh MIDA dan mengelolakan sendiri misi-misi promosi yang tertumpu kepada industri dan syarikat-syarikat tertentu di luar negara. Bilangan lawatan adalah sebanyak 23 ke Amerika Syarikat, Australia, Germany, Canada, Taiwan, China, India, Singapura, Vietnam dan Thailand.
3. Mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan atasan dari syarikat-syarikat asing yang sedia ada bertapak di Pulau Pinang untuk memujuk mereka menambah pelaburan dan meningkatkan operasi mereka di Pulau Pinang.
4. Menganjurkan konsep kelompok (cluster) untuk menggalakkan perkongsian maklumat teknologi, perniagaan dan pasaran bagi meningkatkan daya saing industri yang berkenaaan melalui penubuhan 3 buah konsortium seperti berikut:
a. Penang Automation Cluster (PAC) dengan 50 buah syarikat
b. Penang Radio Frequency Cluster (PRFC) dengan 8 buah syarikat
c. Software Consortium of Penang (SCoPe) dengan 45 buah syarikat
Penubuhan konsortium-konsortium ini telah memanfaatkan industri-industri yang berkenaan. Sebagai contohnya, SCoPe yang hanya terdiri daripada 8 buah syarikat dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 30 juta pada mulanya kini telah meningkat kepada 45 buah dengan RM 110 juta.
5. Menubuhkan Panel-Panel Penasihat bagi bidang-bidang teknologi yang baru:
a. Penang Biotech, Pharmaceutical & Neutraceutical Advisory Panel (PBPNAP) dengan 13 pakar dalam industri bioteknologi
b. Penang Medical Devices & Instrumentation Advisory Panel (PMDIAP) dengan 7 ahli
6. Memainkan peranan sebagai pemberi khidmat panduan kepada para pelabur melalui taklimat dan seminar untuk memaklumkan perkembangan terkini yang relevan kepada masyarakat industri serta menganjurkan perbincangan antara para pelabur dan pegawai-pegawai MIDA, MATRADE, SMIDEC dan MDeC.
Setakat ini, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh investPenang telah membuahkan hasil sama ada dari segi pelaburan, peluang pekerjaan ataupun permadanan perniagaan. Walaupun, investPenang biasanya tidak membuat pengumuman mengenai sesuatu pelaburan sebaik sahaja selepas berunding dengan pelabur atas beberapa sebab.
Kebiasaannya, sesuatu misi pelaburan ke luar Negara tidak membawa hasil dengan serta merta. Kadang-kala sesebuah syarikat yang ditemui cuma akan membuat pertanyaan pelaburan dan membuat permohonan untuk insentif beberapa bulan ataupun setahun ataupun dua selepas pertemuan itu dibuat. Bagi situasi sedemikian, investPenang akan membuat tindakan susulan dengan syarikat-syarikat yang ditemui itu. Terdapat juga syarikat-syarikat yang mengambil masa yang singkat untuk membuat keputusan untuk melabur di Pulau Pinang, misalnya sebuah syarikat Amerika Syarikat yang memberi sokongan kepada industri ‘hard disk drive’ dan ‘wafer fab’, sebuah syarikat Perancis dalam industri RFID (radio frequency identification); dan sebuah syarikat Jerman dalam sektor ‘wafer bumping’.
Selain daripada itu, biasanya syarikat yang telah memutuskan untuk membuat pelaburan baru atau pelaburan semula berhasrat untuk membuat pengumuman mengikut jadual mereka sendiri kerana terpaksa memenuhi syarat-syarat dalaman syarikat yang berkenaan yang tertentu atau syarat-syarat bursa saham di negara mereka. Ada juga yang menambahkan pelaburan tanpa memaklumkan investPenang, mahupun MIDA, sekiranya mereka tidak memerlukan kelulusan lesen pembuatan yang baru atau insentif-insentif tambahan.
Kejayaan dan Pencapaian investPenang Dalam Tempoh Januari 2005 ke September 2006 boleh diukur melalui beberapa KPI seperti berikut:
1. Meningkatkan pelaburan tempatan dan luar negeri – sejumlah 257 projek pelaburan telah diluluskan oleh MIDA dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.41 billion iaitu RM4.62 billion bagi 2005 dan RM3.79 billion bagi 2006 (Januari – September). Ini merupakan peningkatan yang mendadak jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan RM 2.0 billion yang diterima pada tahun 2004.
2. Mewujudkan seramai 27,793 peluang pekerjaan serta menghasilkan kesan-kesan gandaan (multiplier effects) yang positif kepada keseluruhan ekonomi negeri, khasnya industri sokongan tempatan dan perkhidmatan yang memberi khidmat sokongan kepada syarikat-syarikat yang melabur.
3. Menganjurkan sebanyak 177 sesi ‘business matching’ antara pelabur asing dengan pelabur tempatan.
4. Membantu dalam pembangunan ‘Penang Cybercity’ sebagai agensi pengurusannya. Sehingga Oktober 2006, sebanyak 93 buah syarikat telah dikurniakan status MSC Malaysia. Pelancaran MSC Malaysia Cybercity @ Penang dengan jaminan Kerajaan (Bill of Guarantees) yang mengandungi insentif-insentif yang menarik dan dasar terbuka kepada syarikat-syarikat asing telah menarik minat pelabur asing dan tempatan.
5. Meningkatkan jualan tanah perindustrian PDC – keluasan tanah perindustrian milik PDC yang dijual adalah 59.16 ekar (RM 72 juta) pada 2005 dan 97.38 ekar (RM 37 juta) pada 2006 (Januari – September). Ini merupakan peningkatan yang mendadak jika dibandingkan dengan tahun 2003 dan 2004 iaitu 27.62 ekar (RM 19 juta) dan 35.52 ekar (RM 29 juta) masing masing. Kegiatan penjualan tanah telah meningkat sehingga menyebabkan stok taman perindustrian Bayan Lepas hampir habis. Ini menunjukkan pelabur-pelabur asing dan domestik telah memulih keyakinan mereka untuk melabur di Pulau Pinang.
Segala pencapaian dan kejayaan yang telah diperolehi oleh investPenang pada tahun 2005 dan 2006 adalah hasil dari sokongan dan kerjasama dari MITI, MIDA, SMIDEC, MdeC, PDC dan agensi kerajaan yang lain. Ianya dapat meningkatkan publisiti media antarabangsa terhadap Pulau Pinang. Contohnya, sebuah profail editorial mengenai Negeri Pulau Pinang telah dipaparkan dalam majalah Site Selection, salah satu publikasi industri yang terkenal di Amerika Syarikat. Para pelabur, terutamanya dari Amerika Syarikat, merujuk kepada majalah tersebut untuk mendapat panduan bagi lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dijadikan lokasi operasi mereka.
Cabaran-cabaran yang Dihadapi dan Penyelesaian yang Dilaksanakan oleh investPenang
Adalah merupakan keazaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan ekonomi Negeri melalui peningkatan pelaburan dan sekaligus mencapai taraf Negeri yang Maju sepenuhnya menjelang 2010. Walau bagaimanapun, terdapat juga saingan dan masalah yang terpaksa dihadapi bagi mencapai matlamat tersebut. Cabaran sengit yang akan dihadapi oleh Negeri Pulau Pinang dan investPenang dalam menarik pelaburan ke Negeri ini serta cara-cara mengatasinya adalah seperti berikut:
1. Persaingan untuk Pelaburan di antara Negara-Negara di Rantau Asia
Walaupun Negara China masih rancak dalam pembangunannya, beberapa kekangan telah timbul dari segi infrastruktur yang mungkin tersesak, kos keseluruhan yang semakin menigkat dan kadar pusing ganti kerja (turnover rate) bagi tenaga mahir yang semakin meningkat, serta isu mengenai ‘Intellectual Property’ dan sebagainya. Negara-negara lain seprti India dan Vietnam sedang giat membangun dan semakin menimbulkan persaingan. Namun Pulau Pinang masih mendahului dalam beberapa aspek dan ini sekaligus memberi peluang bagi Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan ke Negeri ini. Oleh itu, walaupun terdapat pelaburan ke Negara Vietnam dan India, namun masih terdapat beberapa syarikat, khasnya yang berskala sederhana mulai beralih minat mereka dan ada juga yang menuntup operasi mereka di Negara China dan memindah kembali ke Negeri Pulau Pinang.
Oleh itu, dengan kelebihan yang dimiliki oleh Negeri Pulau Pinang dan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi dari Negara-Negara luar, telah mewujudkan satu tempoh masa ‘window of opportunity’ bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan lagi daya saing dan memperkukuhkan kedudukan Negeri.
2. Sistem Penyampaian Kerajaan bagi Kelulusan Permit dan Insentif
Berbanding dengan Negara-Negara seperti Singapura, Thailand, Vietnam dan beberapa kawasan di Negara China proses kelulusan permit dan insentif di Negara Malaysia mengambil masa yang lebuh panjang. Ini adalah kerana sistem pentadbiran Malaysia adalah secara berpusat (centralised), berbanding dengan Vietnam dan Negara China di mana pemberian insentif dan kelulusan permit adalah secara disentralisasi (decentralised) oleh provinsi atau wilayah masing-masing.
Kerajaan Malaysia memang peka untuk meningkatkan sistem penyampaian perindustrian bagi pembangunan perindustrian. Baru-baru ini, sebuah jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ditubuhkan untuk mempercepatkan lagi kelulusan projek “High Impactâ€. Bagi melaksanakan kerja-kerja yang lebih berkesan, Kerajaan Negeri melalui PDC and investPenang lazimnya bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan, terutamanya MITI serta MIDA untuk memastikan isu-isu berkaitan dengan pemberian lesen dan kelulusan projek untuk para pelabur dapat diselesaikan secepat mungkin.
3. Kekurangan Tanah Perindustrian Terutamanya di Bahagian Pulau
Kekurangan tanah perindustrian merupakan satu penghalang utama dalam mengembangkan lagi pembangunan perindustrian di Pulau Pinang, terutamanya di kawasan Pulau. Pada masa yang sama, terdapat kawasan perindustrian di Seberang Perai yang tidak dapat menarik minat para pelabur kerana tidak bersesuaian.
Antara strategi-strategi yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan menaikkan taraf tanah perindustrian di Pulau Pinang, khususnya di Bukit Minyak di samping merancang untuk membangunkan kawasan perindustrian baru, iaitu di Batu Kawan. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan MPSP, MPPP dan sebagainya untuk menaikkan taraf infrastruktur yang sedia ada dan kemudahan asas yang diperlukan oleh industri yang berteknologi tinggi. Sebagai contoh, â€Penang Biotech Park†di Bukit Minyak adalah satu taman industri yang dirancang dengan menyediakan infrastruktur asas yang diperlukan oleh industri tersebut.
4. Pembangunan IKS
Antara cabaran yang dihadapi oleh IKS tempatan adalah untuk mempertingkatkan Kapabiliti dan Kapisiti IKS tempatan dalam kegiatan-kegiatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Rekabentuk atau ‘design’. Untuk syarikat IKS yang mempunyai pelanggan di kalangan syarikat MNC, semakin banyak kelompok pelanggan mereka yang berpindah operasi berintensifan buruh ke negara-negara yang menawarkan kos pengeluaran lebih rendah seperti China dan Vietnam. Syarikat IKS yang bermodal besar berupaya mengikut pelanggan syarikat MNC mereka ke luar Negara tetapi tidak bagi syarikat yang kekurangan modal.
Bagi mengatasi masalah ini, syarikat IKS tempatan perlu untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka khasnya dalam bidang seperti automasi, ‘precision engineering’ dan kejuruteraan proses supaya dapat terus meyakinkan syarikat MNC untuk beroperasi di Negeri ini. Oleh itu, kewujudan hubungan industri yang kukuh antara syarikat MNC dan industri sokongan tempatan merupakan salah satu faktor yang akan dapat memastikan syarikat IKS sentiasa berdaya saing. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui investPenang juga telah mengambil pelbagai usaha bagi membantu IKS tempatan dengan mengadakan sesi ‘business matching’ di antara Syarikat Tempatan dengan Syarikat Asing. Misi-misi pelaburan yang melibatkan IKS tempatan untuk menerokai pasaran baru melalui penyertaan IKS tempatan di dalam pameran antarabangsa sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa juga telah dilaksanakan.