MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan (a)Sila kemukakan statistik pesakit mental dan kes bunuh diri mengikut kaum, umur dan daerah sejak tahun 2000. b) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah itu.
Dun -
Exco SP
Perkara Kesihatan

Jawapan
(a) Statistik sakit mental dan bunuh diri mengikut kaum, umur dan daerah hanya di perolehi mulai tahun 2002 seperti di Lampiran 1. Manakala
statistik bunuh diri mengikut kaum, umur dan daerah sejak tahun 2000
seperti di Lampiran 2.

(b) Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah sakit mental dan
bunuh diri ialah:

Aspek rawatan:

1. Memberi rawatan kepada pesakit mental sama ada di beri ubat atau melalui tatacara (prosedur) iaitu:

Ubatan : Haloperidol (anti psikiotik), sertraline (anti-depression) dan
activan (benzodiazepam)
Prosedur: ECT (Electo Convulsive Therapy)

2. Memasukan pesakit ke wad psikiatri (jika perlu) sekiranya keadaan pesakit tidak terkawal supaya pemerhatian dapat dilakukan.

3. Memberikan tarikh rawatan susulan bagi kes-kes berulang untuk
menilai perkembangan pesakit

4. Menilai pesakit psikiatri jika terdapat masalah risiko membunuh
diri, gangguan perasaan, penderaan dan penyalahgunaan dadah dengan mengambil tindakan yang sewajarnya.

5. Bagi kes-kes percubaan bunuh diri, pesakit akan dimasukkan ke
wad untuk diperiksa dan diberi rawatan oleh pakar Psikiatri dan dirujuk kepada kaunselor.


Aspek Rehabilitasi

1. Mengadakan rawatan susulan oleh ‘community Psychiatry unit’ ke
rumah pesakit, ahli keluarga pesakit iaitu mereka yang terlibat dalam
penjagaan pesakit mental.
2. Mengadakan Program “Day Care” bagi menjalankan pemulihan terapi
untuk pesakit mental.
3. Perkhidmatan kaunseling diberikan kepada pesakit yang mempunyai
gangguan perasaan. Perkhidmatan ini juga turut diberikan kepada ahli
keluarga, suami isteri dan individu yang mempunyai tanda-tanda sakit
mental.
4. Lawatan ke sekolah dan rumah-rumah untuk kes-kes tertentu bagi
memastikan ubat di ambil secara betul

Aspek Pencegahan

1. Mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak NGO seperti Befriender’s
dan Persatuan Mental Health dalam memberi maklumat dan pengetahuan
mengenai pesakit mental.
2. Mengadakan kursus, forum dan ceramah kepada orang awam dan juga
khusus kepada ibu bapa mengenai ‘parenting skill” untuk lebih memahami
perasaan dan tingkah laku anak.
3. Mengedarkan risalah-risalah berkaitan dengan kesihatan mental
kepada pesakit dan juga orang awam.
4. Memberikan kad Befriender’s kepada pelanggan dan juga orang ramai.
5. Mengadakan promosi kesihatan mental di tempat awam
6. Mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah Menengah dan Rendah untuk
memberi ceramah dan cara-cara untuk menangani stress, kepentingan untuk
meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan guru serta bantuan
profesional bagi mengambil keputusan yang bijak dalam menyelesaikan
masalah.
7. Mengadakan ”suicide day’’ pada 9 th September bagi memberi
kesedaran serta kefahaman kepada orang ramai dengan mengadakan forum awam
di samping melibatkan pihak akhbar tempatan






Kembali