MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Sila huraikan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dan dilaksanakan di Pulau Pinang berdasarkan nama-nama pelabur dan jenis industri yang terlibat.
Dun -
Exco YABKM
Perkara -

Jawapan
Kerajaan negeri pada Januari 2005 telah menubuhkan investPenang yang mengambilalih peranan promosi pelaburan dan perindustrian yang selama ini dijalankan oleh PDC sejak 1970. Tujuan utama penubuhan investPenang adalah untuk mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan yang utama serta meningkatkan daya saing perindustrian di Pulau Pinang.

Sejak penubuhan investPenang, perkembangan bagi sektor perindustrian di Pulau Pinang adalah agak menggalakkan. Mengikut statistik pelaburan yang diperolehi daripada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh Januari hingga September 2006 seperti di Lampiran A, pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan di Pulau Pinang telah mencatatkan RM 3,088 juta dalam tempoh tersebut. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 100% jika berbanding dengan angka yang dicatatkan dalam tempoh 9 bulan pada 2005 yang hanya mencatatkan RM1,467 juta. Oleh itu, angka ini dijangka akan meningkat apabila pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan untuk 3 bulan terakhir tahun ini disahkan dan diambilkira.

Amerika Syarikat tetap menjadi sumber utama pelaburan langsung asing dengan pelaburan sebanyak RM1,181 juta. Sumber pelaburan langsung asing yang kedua penting adalah dari negara Jepun dengan pelaburan sebanyak RM852 juta. Senarai statistik pelaburan langsung asing yang diluluskan oleh MIDA dalam tempoh 9 bulan 2006 adalah seperti di Lampiran B.

Usaha Kerajaan negeri dalam menggalakkan perkembangan industri elektronik dan teknologi tinggi yang berfokus terhadap aktiviti pembuatan yang bernilai tinggi dan berasaskan ilmu pengetahuan sedang dan akan berhasil. Statistik menunjukkan bahawa industri elektrikal dan elektronik menjadi tumpuan utama pelaburan langsung asing dengan mencatatkan pelaburan RM2,157 juta. Selain itu, industri plastik juga dapat pelaburan langsung asing sebanyak RM660 juta yang merupakan sumber pelaburan kedua penting dalam tempoh ini. Senarai projek yang diluluskan oleh MIDA mengikut jenis industri adalah seperti di Lampiran C.


Kembali