MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah tindakan yang diambil oleh JKR atas cadangan yang telah lama dikemukakan oleh JKKK Thean Teik untuk melukis kotak kuning di persimpangan Jalan Taman Thean Teik 2 dan Jalan Thean Teik bagi memudahkan kenderaan keluar dari Jalan Taman Thean Teik 2 membelok ke kanan. Bilakah ianya akan dilaksanakan.
Dun -
Exco KKH
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
12. Penyediaan petak kuning di persimpangan Jalan Taman Thean Teik 2 dan Jalan Thean Teik didapati tidak sesuai diadakan kerana simpang tersebut berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat Thean Teik/Lintang Kampung Melayu 2. Walau bagaimanapun, JKR akan menyediakan ‘Tranverse Bar’ bagi memperlahankan kenderaan agar ‘traffic’ dari Jalan Thean Teik 2 dapat membelok ke kanan.



Kembali