MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah telah berpindah dari Pusat Bandar Bukit Mertajam ke Bandar Perda. Adakah akan dikekalkan balai polis yang lama untuk terus memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekitar pusat Bandar Bukit Mertajam. Jika ada, bilakah ianya akan mula beroperasi, jika tidak, mengapa.
Dun -
Exco YABKM
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
Mengikut PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah telah berpindah ke balai polis baru bertempat di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada 18 September 2006. Balai polis lama kini diambil alih oleh Cawangan Trafik bermula dari 1 Oktober 2006 dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di daerah SPT. Disamping itu, Cawangan Trafik juga membantu untuk membuat rondaan mencegah jenayah dan membuat perancangan jangka panjang bagi langkah-langkah pencegahan jenayah.


Kembali