MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Apakah perancangan dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah kecurian kabel telefon di KADUN Pinang Tunggal yang lambat dipasang semula dan ini menimbulkan kesusahan kepada pengguna di mana terdapat kilang-kilang.
Dun -
Exco KKH
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
Berikut merupakan perancangan dan tindakan-tindakan yang diambil terhadap masalah kecurian kabel telefon di KADUN Pinang Tunggal.

(a) Pihak Telekom Malaysia dengan kerjasama pihak polis dan RELA sedang berusaha untuk memberkas pencuri-pencuri kabel. Rondaan juga telah dijalankan pada setiap malam dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi di laluan Tasek Gelugor – Kampung Selamat mulai dari 11 Oktober 2006. Kabel-kabel atas tiang bersaiz kecil yang masuk ke dalam kampung memang tidak dapat ditanam, dengan itu Telekom Malaysia bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi mendapatkan laporan segera sekiranya kabel dipotong supaya serbuan dapat dibuat.


(b) Mengubah kabel dari atas tiang ke bawah tanah di tempat-tempat berikut:

(i) Lahar Tiang sepanjang 1000 m.
Tarikh siap 14 Ogos 2006.

(ii) Jalan Padang Serai sepanjang 835 m.
Tarikh siap 5 Ogos 2006.

(iii) Paya Keladi Hujung sepanjang 1212 m.
Tarikh siap 7 Ogos 2006.

(iv) Kampung Baru, Kampung Selamat sepanjang 850m.
Tarikh siap 12 Ogos 2006.

(v) MARDI sepanjang 1250 m.
Tarikh siap 8 September 2006.

(vi) Permatang Saga sepanjang 562 m.
Tarikh siap 19 Ogos 2006.


(c) Kabel atas tiang ditempat berikut juga akan diubah, tetapi sedang menunggu kelulusan dari Jabatan Kerja Raya (JKR)/Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

(i) Kampung Paya Cina sepanjang 880m - JPS

(ii) Kampung Ekor Kucing sepanjang 750m - JKR

(iii) Jalan Padang Serai (hujung) - 800m - JKR


Kembali