MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Setakat manakah keberkesanan program Sukan Komuniti mencapai matlamatnya. Bolehkah kerajaan negeri menyediakan sejumlah peruntukan seperti yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat bagi memperluaskan aktiviti Kelab-kelab Komuniti yang telah diwujudkan.
Dun -
Exco JH
Perkara ADUN

Jawapan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Program Liga Sukan Komuniti (LSK), di mana setiap Kelab Sukan Komuniti telah dapat menganjurkan beberapa acara sukan seperti bola tampar, bola jaring, sepak takraw, futsal, badminton dan bola keranjang di setiap kawasan DUN. Melalui pertandingan sukan tersebut, masyarakat terutamanya diperingkat akar umbi dapat melibatkan diri sama ada sebagai pemain, pengelola ataupun penyokong dalam program yang berkenaan. Ia bukan sahaja dapat menghidupkan suasana bersukan di kawasan DUN tetapi juga menyemarakkan semangat masyarakat ke arah budaya bersukan serta menyediakan satu tapak yang lebih luas untuk mengenalpasti serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan belia-belia dan remaja di peringkat akar umbi.

Dengan adanya program yang berterusan di setiap kawasan, ia dapat mengisi ruang dan masa lapang masyarakat belia dan remaja dengan aktivti yang berfaedah dan seterusnya dapat mengurangkan serta menghindarkan mereka daripada terjebak di dalam kegiatan yang tidak sihat.

Peruntukan disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada setiap KSK untuk menjayakan Program Liga Sukan Komuniti di Peringkat DUN.










Kembali