Jawapan
18. Bilangan pakar perubatan di seluruh Negeri Pulau Pinang ialah seramai 138 orang. Bilangan pakar perubatan mengikut hospital seperti berikut :-
Hospital Pulau Pinang - 109 orang
Hospital Seberang Jaya - 19 orang
Hospital Bukit Mertajam - 3 orang
Hospital Kepala Batas - 7 (1 orang + 6 orang dari Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT)
Pada masa kini tidak terdapat perancangan untuk menempatkan pakar kardiologi di Hospital Balik Pulau kerana kepakaran/kemudahan telah dilengkapkan di Hospital Pulau Pinang. Bagi kes-kes kecemasan dari Hospital Balik Pulau ianya akan diberikan rawatan kecemasan dan distabilkan oleh doktor sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan susulan.