Jawapan
Bukit di belakang USM dan Jalan Bukit Gambir telah dikenalpasti sebagai tempat perkampungan pendatang tanpa izin (PTI). Setakat ini, pihak Polis telah melancarkan 7 kali operasi tetapi berjaya menangkap hanya sejumlah kecil sahaja pendatang kerana keadaan persekitaran bukit yang terlalu tinggi serta merbahaya. Laporan tangkapan adalah seperti berikut :
1. Sg. Nibong Rpt: 4395/2002 - Tangkapan 12 orang
2. Sg. Nibong Rpt: 4615/2002 - Tangkapan 10 orang
3. Sg. Nibong Rpt: 3813/2003 - Tangkapan 07 orang
4. Sg. Nibong Rpt: 4271/2003 - Tangkapan 08 orang
5. Sg. Nibong Rpt: 5420/2003 - Tangkapan 19 orang
6. Sg. Nibong Rpt: 5854/2003 - Tangkapan 15 orang
7. Sg. Nibong Rpt: 2524/2004 - Tangkapan 05 orang
Pada tahun 2005, kerajaan persekutuan telah memberi pengampunan ke atas pendatang. Namun pendatang tanpa izin dapat melihat / mengesan kehadiran anggota Polis yang datang untuk menangkap mereka. Untuk menanganinya, pihak polis, Imigresen dan juga Rela akan melancarkan operasi bersepadu dari masa ke masa untuk menyelesaikan masalah yang telah mengancam keselamatan penduduk tempatan supaya masalah seperti ini tidak akan wujud lagi.
Disediakan oleh : Penolong Pengarah BKN Pulau Pinang
No. Telefon : 04-2505421
Disemak oleh : Pengarah BKN Pulau Pinang
No. Telefon : 04-2505420
Sumber : PDRM (Insp. KA/Gerakan IPD Timur Laut)
No. Telefon : 04-2292222