MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Terdapat 9 pejabat pemungut tidak mengemukakan pengesahan laporan hasil bulanan bagi tempoh dua hingga tujuh bulan seperti yang dikehendaki oleh Arahan Perbendaharaan 143(b) dan Surat Pekeliling Jabatan Kewangan Negeri Bil. 3 Tahun 1999. Berikan laporan terperinci dengan butiran jumlah kewangan yang terlibat dan apakah tindakan kawalan yang diambil.
Dun -
Exco YABKM
Perkara -

Jawapan
Kerajaan negeri sentiasa memantau keseluruhan pejabat pemungut termasuk 9 pejabat pemungut yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit. Lanjutan daripada itu, tindakan telah diambil dan kesemua 9 pejabat pemungut tersebut telah mengemukakan laporan hasil bulanan berkenaan ke Jabatan Kewangan Negeri.

Kelewatan penghantaran laporan pengesahan tersebut tidak mendatangkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri. Pengesahan ini tidak menggambarkan berlakunya kehilangan wang kerajaan negeri memandangkan kutipan yang sebenar telah dibankkan ke akaun kerajaan negeri. Laporan pengesahan ini hanya bertujuan untuk memastikan rekod kutipan di antara pejabat pemungut dengan Jabatan Kewangan Negeri adalah sama. Berdasarkan penyata pemungut yang telah disahkan oleh bank, ianya digunakan sebagai dokumen untuk dikemaskinikan ke dalam Buku Tunai Harian Jabatan Kewangan Negeri.

Sebagai langkah kawalan, pemantauan yang rapi ke atas pejabat pemungut telah dibuat agar semua pejabat pemungut dapat mematuhi peraturan dan mengemukakan pengesahan mengikut tempoh yang ditetapkan. Beberapa sesi penerangan khas juga telah diadakan bagi memastikan prestasi pengurusan hasil kerajaan sentiasa kemaskini.

Hasil daripada tindakan-tindakan ini, bagi tahun 2007, didapati pejabat pemungut berkenaan telah menunjukkan peningkatan prestasi penghantaran laporan pengesahan hasil bulanan ke Jabatan Kewangan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan.
Kembali