Jawapan
Sehingga 31 Ogos 2007, sebanyak 12 buah Pusat Rukun Tetangga telah ditubuhkan di Daerah Seberang Perai Tengah seperti berikut :
a. Kg. Cross Street
b. Siakap
c. Pangsapuri Permata
d. Taman Markisah
e. Pekan Penanti
f. Taman Sri Janggus
g. Taman Pauh
h. Rumah Pangsa Kerajaan Negeri
i. Perumahan Tenaga Nasional Bhd
j. Taman Jernih
k. Taman Ara Indah
l. Rumah Pangsa Sri Pauh
Kesemua Pusat Rukun Tetangga tersebut telah menubuhkan Skim Rondaan Sukarela untuk membanteras jenayah di kawasan masing-masing.
Di peringkat Seberang Perai, Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela di bawah peruntukan kerajaan negeri telah dilancarkan pada 16 Ogos 2007 di Dewan Millenium, Kepala Batas oleh Y.A.B. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Berikutan pelancaran itu, semua Skim Rondaan Sukarela yang ditubuhkan telah melaksanakan rondaan pada setiap malam mulai jam 11.00 malam hingga 2.00 pagi atas nasihat pihak polis. Masa dan jumlah jam rondaan ditambah mengikut keperluan keselamatan setempat.
Semua peronda Skim Rondaan Sukarela telah dilengkapkan dengan vest dan topi yang seragam, set peralatan rondaan seperti cota, wisel, lampu suluh dan baju hujan semasa melaksanakan tugas rondaan, sekurang-kurangnya seorang anggota Polis akan turut bersama meronda di tempat-tempat berkenaan. Manakala pegawai RELA pula diminta membantu dan memantau perjalanan rondaan agar ianya lebih berkesan. Laporan pemantauan akan dibuat oleh pegawai RELA kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan pula akan menyalurkannya kepada pihak kerajaan negeri.
Untuk menggalakkan lagi penyertaan masyarakat dalam Skim Rondaan ini, kerajaan negeri telah bersetuju memberi kelonggaran 'time-off' mengikut bilangan jam bertugas kepada kakitangan kerajaan (negeri/ persekutuan) yang menjalankan rondaan tersebut. Untuk kakitangan swasta, usaha untuk mendapatkan 'time-off' dari majikan mereka sedang diusahakan.