Jawapan
9. Langkah-langkah jangka pendek untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang adalah seperti berikut:-
a) Unit-unit peronda yang beroperasi 24 jam sehari. Unit ini sentiasa berada dalam keadaan tunggu sedia dengan satu unit kenderaan tunda kecil dan satu unit kenderaan tunda besar yang beroperasi 24 jam sehari untuk menarik keluar kenderaan rosak atau kemalangan;
b) Menyediakan khidmat emergency telephone dan talian bebas tol;
c) Memantau keadaan trafik melalui Penang Bridge Communication Center (PBCC) yang beroperasi 24 jam sehari dan webcam;
d) Menyalurkan bantuan kecemasan dengan purata waktu 10-15 minit bagi setiap kejadian;
e) Menyelaraskan median opening semasa kesesakan luar biasa;
f) Memaparkan keadaan trafik terkini melalui VMS;
g) Menyediakan sistem maklumat atas talian melalui khidmat pesanan ringkas Online Traffic Information Management System
(OTIM) yang beroperasi 24 jam sehari;
h) Menyebarkan maklumat kesesakan jambatan ke stesen-stesen radio tempatan;
i) Memasang screen fencing di median jambatan.
j) Larangan kenderaan perlahan menggunakan laluan di atas Jambatan Pulau Pinang telah dikuatkuasakan pada 23/03/2007. Masa yang diwajibkan larangan kenderaan berat bermula pada waktu puncak dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi dan 5.00 petang hingga 7.00 petang. Bagi mengawal kenderaan dari memasuki jambatan pada waktu larangan, Penang Bridge Ronda akan berada di laluan-laluan masuk ke jambatan untuk menahan kenderaan-kenderaan yang dilarang. Contohnya, kenderaan berat dari Tanah Besar (Perai) tidak dibenarkan melepasi plaza tol pada waktu larangan tersebut. Dalam hal ini, kenderaan tersebut diarahkan berhenti dahulu di perhentian kecemasan sehingga sampai masa yang dibenarkan. Memandangkan Jambatan Pulau Pinang dengan dua laluan pergi dan balik, pihak polis tidak mengambil tindakan di atas jambatan yang sesak dengan lalu lintas untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas lebih buruk daripada berlaku yang akan lebih menyulitkan pergerakan orang ramai; dan
k) Menyalurkan maklumat melalui laman web Jambatan Pulau Pinang (Website Penang Bridge) yang mana pengguna dapat melihat keadaan trafik melalui lapan buah kamera litar tertutup secara terus. Ia dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka.
Langkah-langkah jangka panjang untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang:
a) Melebarkan laluan masuk dan keluar dari 1 lorong ke 2 lorong;
b) Melebarkan jambatan utama dari 2 lorong kepada 3 lorong penuh sepanjang jambatan;
c) Menaiktaraf perkhidmatan Feri Pulau Pinang;
d) Mengadakan kempen keselamatan (safety campaign) secara berterusan dengan kerjasama PDRM dan LLM;
e) Memperbaiki jaringan pengangkutan awam dengan mempertingkatkan sistem bas awam; dan
f) Menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam.
Bilangan kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang (dua hala) ialah di antara 500 ke 12,000 sejam. Jumlah trafik tertinggi yang dicatatkan ialah pada jam 7.00 pagi dan jam 6.00 petang. Dalam sehari, jumlah trafik mencecah purata 130,000 kenderaan. Jumlah purata kenderaan dalam seminggu ialah 900,000 dan secara purata sebanyak 3.8 juta buah kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh sebulan.