Jawapan
Kerajaan negeri, sejak beberapa tahun dulu, telah memberi peruntukan tetap sebanyak RM40,000 setiap tahun kepada setiap Sekolah Menengah Cina Persendirian di Pulau Pinang. Ini bererti jumlah peruntukan yang diberi sebagai geran tetap setiap tahun oleh kerajaan negeri ialah RM200,000.
Selain itu, kerajaan negeri juga memberi peruntukan tambahan bagi membekalkan alat-alat pengajaran seperti komputer, kerusi, meja dan alat-alat muzik kepada sekolah-sekolah ini.
Ada juga di antara sekolah-sekolah ini yang memohon peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pembinaan bangunan dan kemudahan baru. Umpamanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM160,000 bagi membiayai sebahagian kos pembinaan asrama baru untuk SM Cina (Persendirian) Jit Sin di Bukit Mertajam,
pada tahun ini.
Pemimpin-pemimpin kerajaan negeri telah secara persendirian menolong pihak sekolah-sekolah ini mengutip dana bagi membantu pembangunan mereka.