MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Siapakah AJK dan apakah peranan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang. Senaraikan rancangan-rancangan serta program-program yang telah dijalankan oleh Majlis ini sejak tahun 2005 dan manfaat yang diperolehi oleh kerajaan dan penduduk-penduduk di Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco THN
Perkara Perpaduan

Jawapan
Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah pertubuhan NGO yang bergerak secara bersendirian tanpa penyeliaan mana-mana jabatan kerajaan (termasuk Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional). Majlis ini dianggotai oleh persatuan etnik yang ada di Pulau Pinang seperti Persatuan Melayu Pulau Pinang, Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Liga Muslim, Persatuan Hindu Sangam, Persatuan Sikh dan lain-lain. Ianya dipengerusi oleh YBhg. Dato’ Seri Hj. Mohd. Yusof Latiff. AJK Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang adalah seperti Lampiran 1. Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang berperanan melaksanakan aktiviti-aktiviti integrasi kaum dalam usaha memupuk perasaan muhibbah, toleransi dan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Kembali