MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KESEBELAS
Soalan Bilakah permohonan naik taraf parit tanah ke longkang konkrit (U-Drain) di jalan pasar sepanjang 155 meter (ukuran dari jalan 1-6) dan 100 meter panjang (ukuran dari jalan 6-8) akan dilaksanakan dan jika tiada, mengapa.
Dun -
Exco THN
Perkara Kemudahan Awam

Jawapan
Mengikut garis panduan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri, yang diterima pakai sejak tahun 1990an, pembersihan dan penyelenggaran parit tanah di kawasan perkampungan baru termasuk perkampungan Valdor adalah tanggung jawab JKR. Sebagai langkah segera MPSP akan mengambil langkah membersihkan parit tersebut dalam masa terdekat. Penyelarasan semula akan dilakukan untuk penyelenggaraan parit ini.

Permohonan untuk membina box culvert dan longkang U-drain di Jalan 5, Kampung Valdor, membina box culvert di hadapan pasar awam Kg. Valdor dan membina sambungan culvert di Jalan 5 Kg. Valdor merintangi Jalan Pasar Kg. Valdor telah dikemukakan oleh Pentadbiran Negeri kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pihak KPKT pada bulan Oktober 2007 memaklumkan bahawa peruntukan perkampungan baru di bawah vot pembangunan BP31 untuk tahun 2007 telah habis digunakan dan mencadangkan supaya permohonan semula dibuat melalui pegawai kemajuan perkampungan Daerah Seberang Perai Selatan untuk disenaraikan dalam cadangan projek

Sementara itu, JPS telah melantik juruperunding untuk membuat kajian dan menyiapkan rekabentuk sistem saliran Valdor dan parit ini adalah termasuk dalam kajian tersebut.

Kembali