Jawapan
Masalah banjir kilat yang sering berlaku di Pekan Paya Terubung adalah berpunca daripada masalah air hujan yang tidak dapat mengalir dengan lancar dalam sistem perparitan tepi jalan akibat pengumpulan sampah dan pasir. Parit tersebut adalah dibawah selenggaraan MPSP.
a) Tindakan pembersihan parit di kawasan Paya Terubong sepertimana yang dimaksudkan telah dijalankan oleh MPPP pada 10 November 2007. Pada amnya, longkang-longkang di kawasan tersebut dibersihkan setiap hari dan di kawasan perumahan dibersihkan selang sehari.
b) Bagi kawasan Relau (Desa May), aras lot berjiran di bahagian belakang Pangsapuri Desa May lebih rendah dan menjadi kawasan bertakung (paya). Masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan ini adalah disebabkan pembangunan tapak yang sedang dijalankan dan juga hujan lebat sejak kebelakangan ini. Pihak MPPP akan mengarahkan pemilik lot berkenaan untuk mengadakan sistem perparitan bersesuaian bagi mengelakkan daripada air bertakung. Walau bagaimanapun, MPPP sedang memantau keadaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang keadaan banjir di kawasan tersebut.