Jawapan
(i) Maksud program My Second Home ialah:
Program Malaysia My Second Home yang dipromosikan oleh Kerajaan Malaysia adalah untuk mengalakkan para pelancong dari seluruh dunia untuk datang bermastautin di Malaysia sebagai rumah kedua. Para pelancong yang ingin memohon program Malaysia My Second Home hendaklah mempunyai kriteria-kriteria yang dinyatakan dalam syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial untuk jangkamasa 10 tahun. Pas lawatan sosial tersebut boleh di perbaharui bergantung kepada tarikh tamat tempoh pasport antarabangsa pemohon tersebut.
Cara permohonan Malaysia My Second Home adalah seperti berikut :
1. Surat permohonan
- Latar belakang pemohon dan tujuan untuk menyertai Malaysia My Second Home
- seorang ataupun berkeluarga
- terangkan sokongan kewangan untuk membolehkan diri tinggal di Malaysia
- kriteria kewangan yang akan digunakan samada Deposit tetap ataupun pendapatan bulanan (untuk 50 tahun dan ke atas)
2. Dua (2) salinan borang IM.12 (Borang pas pelawat sosial)
3. Dua (2) gambar berukuran passport
4. Jaminan surat akuan Personal Bond (if applicants appointed sponsors)
5. salinan sijil passport / dokumen perjalanan (semua muka surat)
6. salinan sijil perkahwinan (bagi yang berkahwin)
7. salinan sijil kelahiran (bagi yang menpunyai anak)
8. resume dengan 10 tahun pengalaman bekerja
9. Salinan penyata bank selama 3 bulan
10.Salinan slip pembayaran/pencen/penyata pendapatan sekurang-kurangnya 3 bulan
(ii) Syarikat di Pulau Pinang yang telah diberikan kebenaran dan kelulusan lesen Kementerian Pelancongan bagi menjalankan program Malaysia My Second Home.
Syarikat yang yang telah diberi kebenaran dan kelulusan lesen Kementerian Pelancongan Bagi menjalankan program Malaysia My Second Home adalah seperti berikut:
1) Alter Domus (Mm2h) Sdn Bhd;
2) Aubella (Mm2h) Sdn Bhd;
3) Corporate Transcend (Mm2h) Sdn Bhd;
4) Long Stay & Holidays (Mm2h) Sdn Bhd;
5) Networld Holidays (Mm2h) Sdn Bhd;
6) Planner Scene (Mm2h) Sdn Bhd;
7) Promotevest (Mm2h) Sdn Bhd;
8) Saujana Merpati (Mm2h) Sdn Bhd;
9) Tropical Resorts Lifestyle (Mm2h) Sdn Bhd; dan
10)Vosta Hrd (Mm2h) Sdn Bhd.